Solat bdua dgn bukan mahram tu makruh tahrim hukumnya..makruh tahrim tu same je maknenye dengan haram.sebab hadith nabi ade nyatakan "jika lelaki dan perempuan yg bukan mahram berdua maka yg ketiga adalah syaitan".. Selain dr tu.yg jadikan hukum solat jemaah dgn bukan mahram ni haram adalah ianya bole mendatangkan fitnah syahwat..ingt ye semua,,,manusia ni bernafsu..time solat pon bole jadi macam2 bile berdua..boleh jd fitnah,bole jd macam2...boleh je nak solat dgn bukan mahram tp perempuan tu kene ade abg,adik atau mahramnye sendiri(ahli keluarga)
Jadi hukumnye haram ye...klaw betul2 nk jemaah buat jemaah ramai2..banyak pahalaa buat kat masjid ...klaw nk jemaah..perempuan kene ade imam(perempuan jugak la) hehe..kalau tggal berdua je..solat la bergilir2..
Assalamualaikum..mohon pencerahan ust..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh
Benar. Haramnya berdua-duaan dengan bukan mahram hatta untuk solat jemaah.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ ” ، فَقَامَ رَجُلٌ ، فَقَالَ : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ ، امْرَأَتِي خَرَجَتْ حَاجَّةً وَاكْتُتِبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا ، قَالَ : ارْجِعْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ
Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahram. Lalu seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, isteri aku akan keluar menunaikan haji sedangkan aku diwajibkan untuk berperang. Baginda menjawab: Pulanglah, dan kerjakan haji bersama isteri engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4935]
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ ” ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ ؟ قَالَ : ” الْحَمْوُ : الْمَوْتُ
‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah kalian daripada masuk menemui kaum wanita. Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasulullah, apa pandangan engkau tentang Al-Hamwu? Baginda menjawab: Al-Hamwu adalah maut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Nikah, hadis no: 4934]
Pengharaman berdua-duaan dengan ajnabiy merupakan kesepakatan ulama. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam Fathul Bari:
فِيهِ مَنْعُ الْخَلْوَةِ بِالْأَجْنَبِيَّةِ وَهُوَ إِجْمَاعٌ ، لَكِنِ اخْتَلَفُوا هَلْ يَقُومُ غَيْرُ الْمَحْرَمِ مَقَامَهُ فِي هَذَا كَالنِّسْوَةِ الثِّقَاتِ؟ وَالصَّحِيحُ الْجَوَازُ لِضَعْفِ التُّهْمَةِ بِهِ . وَقَالَ الْقَفَّالُ : لَا بُدَّ مِنَ الْمَحْرَمِ ، وَكَذَا فِي النِّسْوَةِ الثِّقَاتِ فِي سَفَرِ الْحَجِّ لَا بُدَّ مِنْ أَنْ يَكُونَ مَعَ إِحْدَاهُنَّ مَحْرَمٌ . وَيُؤَيِّدُهُ نَصُّ الشَّافِعِيِّ أَنَّهُ لَا يَجُوزُ لِلرَّجُلِ أَنْ يُصَلِّيَ بِنِسَاءٍ مُفْرَدَاتٍ إِلَّا أَنْ تَكُونَ إِحْدَاهُنَّ مَحْرَمًا لَهُ
Pada hadis ini terdapat larangan berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah. Ini merupakan ijma’/kesepakatan para ulama. Ulama berbeza pendapat adakah (keperluan adanya mahram ini) boleh digantikan dengan bukan mahram yang lain contohnya dengan adanya sekumpulan wanita-wanita yang dipercayai? Yang benar, ia boleh kerana kurangnya fitnah dalam hal tersebut. Al-Qaffal berkata: Mesti ada juga mahram. Begitu juga dengan keadaan sekumpulan wanita yang dipercayai dalam permusafiran menunaikan haji, mestilah ada mahram salah seorang daripada mereka. Ini diperkuatkan lagi dengan perkataan Al-Imam Al-Syafie bahawa tidak boleh seorang lelaki mendirikan solat bersama kaum wanita melainkan bersama-sama salah seorang wanita itu mahramnya. [Fathul Bari, jilid 4, m/s 77]
Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim:
وَأَمَّا إِذَا خَلَا الْأَجْنَبِيُّ بِالْأَجْنَبِيَّةِ مِنْ غَيْرِ ثَالِثٍ مَعَهُمَا فَهُوَ حَرَامٌ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ ، وَكَذَا لَوْ كَانَ مَعَهُمَا مَنْ لَا يُسْتَحَى مِنْهُ لِصِغَرِهِ كَابْنِ سَنَتَيْنِ وَثَلَاثٍ وَنَحْوِ ذَلِكَ ، فَإِنَّ وُجُودَهُ كَالْعَدَمِ ، وَكَذَا لَوِ اجْتَمَعَ رِجَالٌ بِامْرَأَةٍ أَجْنَبِيَّةٍ فَهُوَ حَرَامٌ ، بِخِلَافِ مَا لَوِ اجْتَمَعَ رَجُلٌ بِنِسْوَةٍ أَجَانِبَ ، فَإِنَّ الصَّحِيحَ جَوَازُهُ ،
Apabila seorang lelaki ajnabi berdua-duaan dengan seorang wanita ajnabiyyah tanpa orang yang ketiga bersama mereka, maka ia haram menurut kesepakatan ulama. Begitu juga hukumnya haram apabila (orang ketiga) yang ada bersama-samanya ialah orang yang dia tidak segan atau malu kepadanya kerana dia kanak-kanak seperti anak berumur dua hingga tiga tahun dan sebagainya. Sesungguhnya wujudnya (orang ketiga seperti kanak-kanak itu) sama sahaja seperti tiada. Begitu juga jika berkumpul ramai lelaki dengan seorang wanita ajnabiyyah maka hukumnya tetap haram. Ini berbeza apabila jika berkumpulnya seorang lelaki dengan ramai wanita, maka pendapat yang tepat ialah hal itu dibenarkan.
Kata beliau lagi:
قَالَ أَصْحَابُنَا : وَلَا فَرْقَ فِي تَحْرِيمِ الْخَلْوَةِ حَيْثُ حَرَّمْنَاهَا بَيْنَ الْخَلْوَةِ فِي صَلَاةٍ أَوْ غَيْرِهَا ، وَيُسْتَثْنَى مِنْ هَذَا كُلِّهِ مَوَاضِعُ الضَّرُورَةِ ، بِأَنْ يَجِدَ امْرَأَةً أَجْنَبِيَّةً مُنْقَطِعَةً فِي الطَّرِيقِ أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ ، فَيُبَاحُ لَهُ اسْتِصْحَابُهَا ، بَلْ يَلْزَمُهُ ذَلِكَ إِذَا خَافَ عَلَيْهَا لَوْ تَرَكَهَا ، وَهَذَا لَا اخْتِلَافَ فِيهِ ، وَيَدُلُّ عَلَيْهِ حَدِيثُ عَائِشَةَ فِي قِصَّةِ الْإِفْكِ . وَاللَّهُ أَعْلَمُ .
Ulama-ulama kami (iaitu ulama-ulama mazhab Syafie) berpendapat: Tiada beza dalam pengharaman khulwah sama ada khulwah itu berlaku ketika solat atau selainnya. Dikecualikan daripada pengharaman ini apabila keadaan darurat. Apabila seorang lelaki menemui seorang wanita ajnabiyyah yang tersesat di tengah jalan atau selainnya, maka dibolehkan untuk si lelaki itu menemaninya. Bahkan hendaklah dia menemani wanita itu apabila dia takutkan keselamatan wanita itu jika dia meninggalkannya bersendirian di jalanan. Hal ini tiada perbezaan pendapat dalamnya. Ini ditunjukkan oleh hadis ‘Aisyah radiallahu ‘anha dalam kisah hadis al-Ifk.
[Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 9, m/s 109]
Ingatlah hadis di bawah:
Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu berkhutbah dan menyatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Tidaklah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiga adalah syaitan.[Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2091, hasan sahih gharib]
Shaikh al-Mubarakfuri menyatakan:
وَالْمَعْنَى يَكُونُ الشَّيْطَانُ مَعَهُمَا يُهَيِّجُ شَهْوَةَ كُلٍّ مِنْهُمَا حَتَّى يُلْقِيَهُمَا فِي الزِّنَا
Ia bermaksud syaitan akan bersama-sama mereka berdua. Ia akan menggoda nafsu syahwat mereka berdua sehingga menjerumuskan mereka berdua ke dalam penzinaan. [Tuhfatul Ahwazi, jilid 5, m/s 456]
-ADMIN-
loading...
0 Response to "HARAMKAH SOLAT JEMAAH BERDUA DENGAN BUKAN MAHRAM/AJNABIY?"
Post a Comment