Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang
pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak
(Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah
meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya
memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana
firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“
Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah
Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu
beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة
iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada
dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar
menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau
yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak
dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia
mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan
itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah
bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
- biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
- biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah
juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan
sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam
(Sumber : nahimunkar.com)
loading...
mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
ReplyDeletedeposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di FANSPOKER