Dalam
Bahasa Melayu, bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. Tahukah anda
siapakah BAHLOL itu yang sebenarnya? Bahlol ialah nama seorang ulama
yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid. Hebatnya
Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu
Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya.
Ada
pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri
atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali
sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka
dengan perbuatan-perbuatan yang tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja
yang mampu kenal siapa madjzub ini.
Mari kita ikuti kisah Bahlol :
KISAH 1:
Ketika zaman
Bahlol tu, berlaku satu kemarau yang sangat dahsyat. Kira
berganda-ganda lah panas dari kita yang tinggal di Malaysia hari ni.
Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulama, solat
beramai-ramai, tetapi tak ada hujan yang turun pun. Pening habis
khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.
"Hah, habis ulama dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"
"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"
"Siapa?"
"Bahlol!"
"Bahlol? Perintah dia buat solat mintak hujan!"
Bahlol
pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak
solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang-sorang ni.
Tiba-tiba,
Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak
"Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.
Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.
KISAH 2:
Satu
kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar-Rashid berjalan-jalan dengan
isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol sedang buat rumah dari
tanah liat.
Zubaidah ni pun tanya, “Buat apa tu Bahlol?”
“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah, saya jual dgn 10 dinar”.
Zubaidah pun memberi 10 dinar kepada Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.
“Haa.. baliklah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah.”
Gelak-gelak Harun masa tu. Dia berkata kepada isterinya, “Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.
Malam
tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa
tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk,
tetapi dihalang oleh malaikat.
“Eh kenapa halang-halang ni? Ni rumah isteriku!”
Malaikat menjawab, “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia, bukan di syurga!”
Harun
Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan
pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai,
tengah buat rumah tanah liat.
“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni.”
“Boleh!” jawab Bahlol.
“Berapa harga?” tanya Harun Ar-Rashid.
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"
Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?
***Maka, adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama?
(Sumber:Tranungkite)
loading...
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ReplyDeletedi FANSPOKER || add pin black.berry 55F97BD0