ANAK KURANG FOKUS? Ketahui cara MENINGKATKAN DAYA FOKUS SIMANJA!!

Kongsikan di

"Anak aku ni boleh tahan juga aktif dia, tapi susah betul dia nak fokus bila buat sesuatu. Kejap ke sana, kejap ke sini. Aktiviti yang macam mana boleh latih anak untuk lebih fokus ya?”
Sesetengah kanak-kanak sememangnya dikenali sebagai anak yang aktif. Mereka lebih suka meneroka perkara-perkara yang berada di sekeliling mereka berbanding duduk diam untuk melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya ini merupakan petanda yang baik kerana ianya menunjukkan fizikal anak yang sihat kerana anak sentiasa cergas.
Walau bagaimanapun, mereka perlu dilatih untuk fokus dalam melakukan sesuatu kerana ianya merupakan perkara yang sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
anak kurang fokus
Foto Kredit : jaredunzipped.com

PENTINGNYA ANAK UNTUK FOKUS

Fokus bukan sahaja diperlukan oleh anak dalam memberikan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka di sekolah. Tetapi, untuk jangka masa panjang, anak-anak perlu mengaplikasikan konsep fokus ini dalam alam pekerjaan dan juga keseluruhan kehidupan mereka. Tanpa fokus, sudah pasti mereka akan mengalami kesukaran untuk menguruskan diri mereka sendiri mahu pun menyelesaikan sesuatu perkara kelak.
Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu membantu anak-anak untuk meningkatkan tahap fokus mereka dengan cara yang menarik dan menyeronokkan agar anak tidak berasa tertekan.
anak kurang fokus
Foto Kredit : activekidsnursery.com

5 AKTIVITI MENGATASI MASALAH ANAK KURANG FOKUS & HIPERAKTIF

Berikut merupakan 5 aktiviti yang boleh kita lakukan bersama-sama anak dalam usaha menghadapi masalah anak kurang fokus, sama ada dari segi pembelajaran mahupun respon terhadap arahan. Selamat mencuba!

1. ‘Q & A BALL

Q & A merujuk kepada ‘Question & Answer’. Bermain bola sambil bersoal jawab dengan anak membantu atasi masalah anak kurang fokus. Permainan ini melibatkan aktiviti membaling dan menangkap bola sambil bersoal jawab dengan anak.
Apabila kita membaling bola ke arah anak, tanyakan soalan kepada anak. Anak pula perlu menangkap bola sambil menjawab soalan tersebut.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat melatih anak untuk fokus ketika ingin menangkap bola, tetapi juga fokus untuk mendengar soalan yang diajukan sebelum memberi jawapan.

2. ‘TOUCH YOUR BODY

Permainan ini sangat mudah kerana ianya tidak memerlukan sebarang bahan. Ibu bapa akan memberi arahan kepada anak untuk memegang anggota badan. Anak perlu fokus untuk mendengar arahan daripada ibu bapa dan seterusnya mengikut arahan tersebut.
Dengan tahap fokus yang baik, anak pasti dapat menyentuh anggota badan tersebut dengan tepat dan cepat.
Foto Kredit : howcast.com
Foto Kredit : howcast.com

3. TIRU SUSUNAN KAD BERGAMBAR

Sediakan dua set kad permainan bergambar sama ada dengan menggunakan kad permainan sedia ada atau dengan menggunting sebarang bentuk atau mencetak sebarang gambar secara berpasangan.
Satu set gambar disusun dan ditunjukkan kepada anak. Minta anak untuk mengingati susunan gambar-gambar tersebut. Kemudian, tutup gambar tersebut dan minta anak menyusun semula gambar tadi dengan menggunakan satu set gambar lagi sepertimana yang dilihatnya.
Permainan ini bukan sahaja dapat melatih anak untuk lebih fokus, malah dapat melatih dan meningkatkan lagi keupayaan memori anak.
Foto Kredit : pinterest.com
Foto Kredit : pinterest.com

4. TEKA BENTUK

Ibu bapa perlu membina beberapa objek dengan menggunakan lego seperti kereta, kapal terbang, nombor, huruf dan sebagainya tanpa diketahui oleh anak. Kemudian, minta anak tutup mata dan beri binaan tersebut kepada anak. Biarkan anak menyentuh, membayangkan objek tersebut dalam mindanya dan seterusnya meneka objek tersebut.
Lebih mudah lagi sekiranya ibu bapa menggunakan mainan, huruf atau nombor tiga dimensi (3 D) sama ada daripada jenis bermagnet, ‘foam’ atau blok sedia ada untuk disentuh dan diteka oleh anak .
Foto Kredit : wallpaperscraft.com
Foto Kredit : wallpaperscraft.com

5. AKTIVITI BERASASKAN PERGERAKAN

Sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan anak terutamanya yang berkaitan dengan koordinasi tangan dan mata anak atau koordinasi tangan dan kaki anak juga dapat melatih anak untuk lebih fokus.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah bermain baling bola ke dalam bakul, sepak bola ke arah gol, boling botol, membina bangunan menggunakan cawan atau aktiviti mengasingkan objek mengikut kategori tertentu (sorting).
Foto Kredit : flickr.com
Foto Kredit : flickr.com

ANAK KURANG FOKUS WALAUPUN DAH CUBA PELBAGAI CARA?

Seandainya ibu bapa telah melakukan pelbagai cara dalam melatih anak untuk lebih fokus tetapi masih belum berjaya, adalah disarankan agar ibu bapa mengenalpasti tingkah laku anak sama ada mereka menunjukkan ciri-ciri hiperaktif yang berkait dengan ‘attention deficit hyperactive disorder’ (ADHD) atau sebaliknya. Adalah lebih baik sekiranya ibu bapa membawa anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk membuat pemeriksaan serta mendapatkan nasihat lanjut.
Tidak kira sama ada cepat atau lambat, semoga anak-anak kita dapat meningkatkan lagi tahap fokus mereka terhadap sesuatu perkara dari semasa ke semasa agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik kelak.
Sumber: Eiyza Faizah
loading...

0 Response to "ANAK KURANG FOKUS? Ketahui cara MENINGKATKAN DAYA FOKUS SIMANJA!!"

Post a Comment

Didakwah