Anak Anak Ketagih gajet ketika dalam kenderaan? SILA BACA INI

Kongsikan di

“Balik kampung, oh oh oh, balik kampung!”
Lagu dendangan Allahyarham Sudirman memang tepat sekali menggambarkan perasaan orang ramai ketika hendak pulang ke kampung.
Tidak kira sekejap atau pun lama, boleh ikut tips elak bosan bersama kanak-kanak di dalam kenderaan berikut.
Terutama sekali jika anda mempunyai anak yang tidak boleh duduk diam. Daripada menerima soalan, “Mama, Papa, bila kita nak sampai ni?” yang akan muncul selang beberapa minit, anda boleh cuba beberapa tips elak bosan bersama kanak-kanak di dalam kenderaan yang juga boleh merapatkan hubungan kekeluargaan.
Siapa kata kita tidak boleh bonding di dalam kenderaan?
elak bosan
Foto Kredit: blog.skymed.com

PERCUTIAN TANPA GAJET UNTUK ANAK-ANAK

Memberi gajet mungkin adalah jalan paling mudah untuk elak bosan dalam kenderaan. Bagi saja seorang satu, terus terdiam terus mereka.
Dari awal perjalanan hingga sampai ke destinasi mereka akan khusyuk dengannya. Bermain permainan video seperti Angry Birds, Candy Crush atau Where’s My Water, menonton video di Youtube dan sebagainya.
Tetapi, seelok-eloknya kita ingin menjadikan perjalanan dalam kenderaan sebagai salah satu cara untuk bermesra dengan ahli keluarga, bukan?
cara-elak-anak-main-gajet-ipad-iphone

6 TIPS ELAK BOSAN BERSAMA ANAK-ANAK DALAM KENDERAAN. TANPA GAJET!


1. MENYANYI

Semua orang suka menyanyi kan? Lagi-lagi dengan keluarga? Tak kisah lah lupa lirik ke, sumbang ke; yang penting masing-masing gembira menyanyi bersama-sama.
Selain daripada nyanyi lagu popular yang keluar di corong radio, anda boleh bawa bersama CD lagu-lagu nursery rhymes untuk dinyanyi bersama kanak-kanak. Pasti si kecil tak terasa bosan dengan menyanyi.
Seeloknya pasang lagu nasyid seperti Ya Hanana atau alunan zikir dan nyanyi beramai-ramai. Pahala pun dapat kan?
elak bosan
Foto Kredit: gettyimages.com

2. MENGEJA

Bagi anak yang dah boleh mengeja, boleh cuba aktiviti ini.
A untuk Ayam. Cuba eja ayam. Kalau rasa mudah sangat, cuba perkataan lain yang lebih mencabar. Dapat juga elak bosan sambil mengasah pemikiran anak anda pada masa yang sama.
Boleh gunakan kad atau permainan lain yang menarik.
elak bosan dalam kereta
Foto kredit: thristt.com

3. KIRA KERETA

Ini antara permainan yang paling selalu dimainkan bersama ibu dan ayah pada zaman dahulu.
Tapi, zaman dahulu belum ada banyak kereta. Lebuhraya pun tak ada.
Mungkin sekarang anda boleh mengajak anak mengira kereta mengikut warna kegemaran mereka!
elak bosan
Foto Kredit: abc.net.au

4. BUSY BOOK

Nak membaca memang susah dalam kereta.
Tapi, kalau ‘busy book’ ni memang sesuai, terutamanya buat anak-anak yang berusia sekitar 2-5 tahun.
Sekarang dah banyak kedai yang menjual ‘custom-made’ ‘busy book’. Nak membuatnya pun tidak begitu susah, DIY saja!
elak bosan dalam kereta
Foto Kredit: pinterest.com

5. TEKA-TEKI

Permainan teka-teki juga merupakan di antara aktiviti elak bosan bersama kanak-kanak di dalam kenderaan. Haiwan apa bermula dengan huruf M? Monyet! Lagi?
Atau bagi yang lebih cerdik, katakan anda dari KL nak ke Alor Setar. Bila melalui Perak, cuba tanyakan apa ibu negeri Perak, namakan tempat-tempat menarik di Perak dan sebagainya. Seterusnya pula bila sampai ke Penang dan Kedah.
elak bosan dalam kenderaan
Foto Kredit: raisinglemons.com

6. PASANG DVD

Bagi kenderaan yang tidak dilengkapi sistem DVD, anda mungkin perlu belanja sedikit untuk memasangnya di kereta anda. Ia boleh diletakkan di tempat duduk belakang dan pasanglah DVD cerita kegemaran mereka
Pasang cerita popular seperti Upin Ipin dan Boboiboy dan tengoklah beberapa episod sekaligus. Nescaya mereka akan duduk diam di dalam dunia fantasi bersama rakan-rakan baik mereka di dalam siaran tersebut.
elak bosan
Foto Kredit: onfair.com

7. MAKAN SNEK

Bawa snek yang digemari oleh keluarga. Kalau boleh, sediakan dari awal, dan pilih makanan yang benar-benar disukai oleh anak-anak.
Gunakan bekas yang mereka suka supaya lebih bersemangat untuk makan!
Jangan lupa bawa buah-buahan yang berkhasiat untuk mereka nikmati sepanjang perjalanan.
bawa anak bercuti
Foto Kredit: yumboxlunch.com

ELAK BOSAN SAMBIL MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Demikianlah beberapa tips elak bosan bersama kanak-kanak di dalam kenderaan. Semoga perjalanan anda pulang ke kampung halaman atau ke destinasi yang jauh tidak lagi berasa bosan.
Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan bersama tips-tips lain yang anda biasa lakukan bersama keluarga anda.
Sumber: Eza Ezamie
loading...

0 Response to "Anak Anak Ketagih gajet ketika dalam kenderaan? SILA BACA INI"

Post a Comment

Didakwah