"Bagaimana ISLAM DATANG PADA SAYA", kisah pemain ragbi tekemuka memeluk islam
Kongsikan di
Dibesarkan dalam suasana yang sukar, rumah kecil dan sempit mendorong pemain rugby terkemuka Sonny Bill Williams berazam untuk membelikan ibunya sebuah rumah yang selesa suatu hari nanti.
Impian ini timbul selepas melihat bagaimana ibunya berhempas pulas mencari wang. Pada waktu itu beliau masih remaja dan bekerja sebagai buruh dan pengangkut barang.
Sewaktu kecil saya dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Mount Albert. Rumah kami hanya ada 2 bilik yang mana satu bilik untuk saya dan abang, dan bilik satu lagi untuk 2 adik beradik perempuan saya.
Ayah dan ibu kami tidur di ruang tamu dan rumah kami tiada kertas dinding (wall paper). Semua keluarga saya tinggal di sekitar sini dan sepupu saya Eka merupakan orang yang sering menjaga kami di rumah. Eka sebenarnya selalu keluar masuk penjara dan saya selalu rasa takut dengan sepupu saya ini, ujar Sonny Bill.
Karier Sonny bermula di Australia apabila beliau menyertai pasukan Bulldog. Sonny kemudiannya menyertai All Blacks di New Zealand dan siapa sangka kini beliau bakal beraksi di sukan Olimpik Rio bersama pasukan New Zealand Sevens.
Meskipun mengambil masa yang lama, Sonny kini telahpun berjaya memenuhi impian untuk membelikan sebuah rumah yang selesa untuk ibunya.
Pernah berhutang
“Sewaktu berusia awal 20-an, pengurus saya pada ketika itu telah menyebabkan saya terlibat dalam pelaburan yang teruk dan berhutang.
Pada masa tu ramai yang menyangka saya telah berjaya mencapai impian saya di Toulon. Hakikatnya saya perlu membayar NZD750,000 untuk bebas daripada kontrak”.
“Tidak pernah di dalam hidup saya impikan untuk berada di tahap ini kerana satu ketika dulu saya adalah seorang remaja yang pernah bawa diri ke Australia.
Ianya satu rahmat buat saya untuk berada di samping isteri dan anak kesayangan saya. Dulu saya bukanlah seorang yang baik dan pernah melakukan perkara buruk tapi Allah sentiasa bersama saya” – Sonny.
Menjadi role model
Sonny mula mendapat perhatian ramai apabila memberikan medal kemenangan beliau kepada seorang peminat muda yang menyerbu ke arah beliau di Twickenham pada tahun lepas.
“Isteri saya berkata, jika diizinkan Allah saya pasti akan layak ke sukan Olimpik dan memenangi medal lagi, dan kali ini ia akan menjadi milik anak saya pula.
Pasukan The Sevens benar-benar memberi nafas baru kepada diri saya. Adik perempuan saya juga berada di dalam skuad New Zealand Sevens. Jadi ia adalah sesuatu yang besar buat keluarga kami” – Sonny.
loading...
0 Response to ""Bagaimana ISLAM DATANG PADA SAYA", kisah pemain ragbi tekemuka memeluk islam"
0 Response to ""Bagaimana ISLAM DATANG PADA SAYA", kisah pemain ragbi tekemuka memeluk islam"
Post a Comment