Nilai ISLAM yang diamalkan oleh SYARIKAT TERKEMUKA YAHUDI!! TEPUK DADA TANYA IMAN

Kongsikan di



Saya terbaca status sarkastik Tuan Khair Zawawi berkenaan isu yang selalu timbul menjelang Ramadhan. Kau pergi godek sendirilah kalau nak tahu… kekeke.
Bersangkutan hal itu saya pun nak membebel sedikit perihal yang sama.
17 tahun saya bekerja di syarikat Amerika-Yahudi. Ada cawangan di Israel syarikat ini. Di Malaysia, syarikat ini mempunyai lebih kurang 10,000 pekerja sebelum saya meletakkan jawatan pada 2hb.Januari, 2014. Saya ada rakan sejawat di Israel. Jika ada mesyuarat atau diskusi, kami akan adakan perbincangan melalui audio atau video conference. Jika perlukan ‘face to face meeting’ dan terdapat rakan sejawat dari Israel di dalam team, mesyuarat akan diadakan di negara lain selain dari Malaysia.
Ada seorang rakan saya dari Phoenix, Tom namanya, beliau selalu berulang alik ke Israel, pernah bercerita kepada saya ada sahaja rakyat Israel (Jewish) berkahwin dengan rakyat Palestin dan mereka bahagia. “Ramai masih keliru antara Israel dan Zionis,” kata Tom.
“Kemudian mereka menghukum semua orang dengan memboikot secara membuta tuli. Ironinya mereka berkata boikot, termasuk syarikat kita bekerja ini Azura, tetapi mereka tidak sedar chip di dalam komputer, laptop dan smartphone yang mereka guna untuk mengutuk kita itu dari mana,” tambah Tom lagi sambil ketawa. “Mereka juga lupa kita membantu 10,000 rakyat di Malaysia mencari nafkah untuk anak-anak di rumah.”
Kau tahu syarikat yang ramai keyboard warrior suruh kau boikot itu aplikasi nilai-nilai Islamnya kalau kau sendiri pernah bekerja di situ kau akan angkat kain pelikat dan kain batik yang kau pakai untuk tutup muka kau.
Malu!
Malu abe kakok weh!
Sewaktu saya masih bekerja dahulu saya kurang terasa kerana tamat sahaja pengajian saya terus bekerja di syarikat ini. Balik rumah dengan keluarga, esok pergi kerja.
Cycle sebegini tidak begitu memberi pendedahan tentang realiti dunia luar sebenarnya kepada saya.
Jika ada pun tidak begitu jelas dan sangat minima.
Sekarang setelah 3 tahun bekerja sendiri dan berpeluang berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta dunia luar, MasyaAllah barulah timbul rasa kagum benar dengan syarikat Amerika-Yahudi yang pernah saya bekerja ini.
Salah satu Universiti Kehidupan yang amat bermakna bagi saya.
Ini saya kongsi sedikit budaya kerja di syarikat Amerika-Yahudi ini untuk kita ambil mana yang baik dan bersesuaian, perkara-perkara simple saja, kang ahkak kongsi benda teknikal kau pening pula. Kehkehkeh.

1. Masa

Jika kau organize meeting, dalam masa 10 minit kau lambat atau tak cukup korum. Nah! Meeting terus dibatalkan. Tak ada nak main-mainnya.
Ini… adoi! Schedule meeting kalau tak lewat 30 minit hingga sejam ke atas tak sah…. baru nak mula.
Waktu kerja fleksibel – kau boleh berbincang dengan bos kau untuk menyusun waktu kerja fleksibel. Jika kau datang lewat, kau baliklah lewat. Contohnya jika kau ada conference meeting dengan rakan sejawat dari beberapa negara lain pada jam 1.00 pagi, kau boleh datang lewat sedikit ke pejabat. Kau juga boleh mohon untuk ‘work from home’ dari bos kau pada hari-hari tertentu jika kau ada kesulitan tentang pengasuh anak dan sebagainya.

2. Parking

Tak adanya nak reserve-reserve lot parking untuk bos kecik bos besaq depan pintu. Semua sama rata. Lot parking dekat dengan entrance hanya direserve untuk OKU, Ibu Mengandung dan pelawat. Ini tak, ahkak ke satu agensi kerajaan baru-baru ini, sampai hati kau letak parking OKU seketoi saja. Lot parking lain dah kau letak kon pula. Ahkak tanya pak guard dia cakap untuk bos-bos. Habis, pelanggan kau nak parking kat mana.

3. Surau

Surau kalau setakat nak compare dengan hotel dan shopping mall besar-besar tu memang awal lagi kalah. Nok royaknyo syarikat Amerika-Yahudi ini sediakan surau besar, berkarpet, beraircond di setiap bangunan pejabat. Di dalam manufacturing floor yang ‘100K environment’ (hok ni orang kilang saja paham) pun ada surau untuk pekerja muslim wahai abe kakok.

4. Menuntut Ilmu (Continous Learning/ Self Development)

Hari Jumaat (bagi staf yang bekerja shift normal) management isytiharkan sebagai hari untuk ‘self development’. Hari Jumaat digalakkan untuk kurangkan technical meeting, sebaliknya digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri latihan, membaca atau apa sahaja aktiviti bersesuaian. Kalau kau nak sambung belajar, kau juga boleh mohon biasiswa syarikat. Kau boleh solat fardu dan solat Jumaat tanpa sekatan dan bebas menyusun waktu kau sendiri.
Perpustakaan ada di setiap bangunan. Kau boleh pinjam buku dari perpustakaan branch negara lain jika buku itu tiada di Malaysia, nanti dihantarkan pada kau. Nak return buku pula senang sahaja, ada kotak return buku di setiap kantin. Tak kira kau operator pengeluaran atau manager besar semua sama kemudahannya. Sampai macam tu sekali mereka menggalakkan budaya ilmu.

5. Career Development

Setiap bulan kau wajib ada 1:1 meeting dengan bos kau untuk review performance dan career plan kau kerana syarikat pun tak mahu kau mereput di satu position dan angin perubahan susah nak dekat, macam pemimpin kat Malaysia ni… jenuh kau kutip tandatangan.
Kau tengok, Mut DuBook pun dah ubah angin. Eh!
Di sini berlaku perbincangan dua hala dan bos kau dapat jelas tentang arah tuju kerjaya kau, makanya bos kau juga dapat bantu dan beri sokongan mana yang perlu. Setiap 4 tahun ahkak tukar jabatan, memang best. Banyak pengalaman ahkak kutip. Banyak ahkak boleh merepek kat fesbuk…. kakaka.

6. Buah-buahan Percuma

Setiap hari, setiap pekerja akan diberikan buah-buahan percuma. Kau percaya tak buah-buahan itu hanya diletakkan di dalam bakul di kantin kilang begitu sahaja waktu lunch dan kami semua tanpa perlu ada sesiapa monitor di tepi bakul dengan penuh tanggungjawab hanya mengambil seorang sebiji buah sahaja. Cuba kau letak macam tu di kantin pejabat kau. Eh! Marah pulak… hahaha.

7. Pejabat

Pejabat kami semua sama sahaja, cubicle yang kotak-kotak tu, tak kiralah kau bos kecik ke bos besar, itu lah pejabat kau. Tak adanya bilik-bilik gah dengan sofa bagai. Tea lady pun tak dak aih untuk bos-bos besaq, takkan nak buat ayaq pun tak reti kot.

8. Mother’s Room

Pastilah bilik beraircond. Siap peti ais untuk kau simpan susu dan sangat tip top privasinya. Ini kau terpaksa ke tandas, tak patut betui.

9. Hadiah

Di syarikat Yahudi-Amerika ini, sebagai pekerja kau hanya boleh terima hadiah/cenderamata bernilai maksima USD25.00 dari pelanggan atau supplier kau. Jika lebih dari itu kau perlu menolak dengan baik, jika menyentuh sensitiviti seperti berurusan dengan pelanggan atau pembekal dari Jepun dan kau tiada pilihan, kau perlu serahkan kepada pihak pengurusan, hadiah itu nanti akan disalurkan kepada aktiviti kebajikan. Kau tengok…USD25.00 saja dek non, bukan 2.6b. Aik!

10. Ruang Rehat Dan Santai

Di pejabat dan di manufacturing floor (termasuk 100k environment) ada disediakan ruang santai, siap sofa empuk, kerusi urut, computer game, fussball game dan mesin pembuat kopi. Macam kau tengok pejabat Google tu. Macam tu lah.
Kau rasa kalau buat macam tu di tempat kau, kawan-kawan kau lebih kerja ka lebih main ka lebih lepak? Kopi pun hilang. Kekeke… jangan marah. Gurau pun tak boleh.

11. Berlumba-lumba Membuat Kerja Kebajikan

Setiap jam yang kau peruntukkan untuk buat kerja kebajikan, kau akan diberi USD4.00 dan duit itu bukanlah untuk kau. Jabatan kau perlu ambil satu sekolah atau rumah kebajikan untuk disalurkan aktiviti kebajikan dan wang tersebut. Ini dipanggil ‘matching grant’. Setiap tahun akan ada award untuk jabatan yang paling banyak buat aktiviti kebajikan. Kau ada? Eh! Marah lagi. Kakaka.
Ha! Di samping itu terdapat dana kebajikan akan dibuka setiap tahun. Jika kau ada idea super kau tulislah kertas cadangan. Kau tengok gambar. Banggga ahkak menang USD5,000 untuk projek kitar semula sekolah anak ahkak.
Apa lagi entah nak tulis…dah masuk tahun ke 3 berhenti sebagai minah kilang ni. Lupa dah. Banyak lagi sebenarnya. Nanti kau bosan pula.
Macam tu lah ceritanya.
Nilai-nilai di dalam Al-Quran bukan sahaja mereka pegang dan terapkan di dalam budaya kerja tetapi mereka amalkan dengan konsisten.
Kita ini jauh ketinggalan kerana kita tidak pegang dan amal apa yang sudah tertulis di dalam Al-Quran.
Kita tunggu nak kutuk orang saja.
Azura Abdullah
loading...

0 Response to "Nilai ISLAM yang diamalkan oleh SYARIKAT TERKEMUKA YAHUDI!! TEPUK DADA TANYA IMAN"

Post a Comment

Didakwah