IBU mana yang sanggup berpisah dengan anak yang dikandung selama sembilan bulan, namun adakalanya jalan itu dipilih tanpa berfikir panjang kerana keliru dan takut menghadapi situasi getir dalam hidup.
Mungkin itu dilema yang dihadapi oleh seorang ibu yang bertindak meninggalkan bayinya yang baru sahaja dilahirkan di luar Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.
Bayi lelaki yang dilahirkan pada 21 November itu ditinggalkan di dalam kotak di luar masjid berkenaan, bersama sekeping nota, dipercayai ditulis oleh si ibu.
Gambar-gambar si comel itu yang dibalut dengan kain batik rancak dikongsi netizen yang rata-ratanya tumpang simpati dengan nasib ibu dan bayi tersebut.
Dalam nota bertulis tangan yang disertakan, si ibu berkata dia bukan tidak mahukan bayi itu namun tindakan itu terpaksa dibuat kerana kesempitan hidup.
Justeru, rezeki yang dikurniakan Tuhan itu mahu diserahkan kepada mereka yang mampu menjaganya dengan baik.
"Insya-Allah jika ada jodoh, kita akan berjumpa lagi," tulisnya.
Nota itu kemudiannya diakhiri dengan ucapan 'I Love You'.
Menerusi beberapa maklumat yang diperolehi di laman sosial, bayi tersebut telah diazankan dan dihantar ke hospital.
Satu status yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mohd Deen Mohd Napiah, meminta agar ibu bapa bayi itu tampil bertemu pihak masjid atau Ibu Pejabat Polis Ampang, agar bantuan dan tindakan selanjutnya boleh diambil.
Sumber: Astro AwaniBayi dijumpai di masjid hari ni 😢 Allahu pic.twitter.com/BFF0u1F1ML— Äriff Dâniel (@arep_17) 21 November 2016
loading...
mari bergabung dengan kami di
ReplyDeleteFANSPOKER jangan lupa untuk di add ya pin bb 55F97BD0 ^^