Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri Dan Keluarga

Kongsikan di


Kehidupan berumah tangga bukanlah semudah yang disangka oleh ramai muda mudi. Meskipun perkahwinan kerana rasa cinta pada satu sama lain adakalanya ianya berakhir dengan penceraian. Statistik Jabatan Agama menunjukkan punca penceraian utama melibatkan masalah kewangan dan suami yang kurang bertanggungjawap. 

Didalam Islam sendiri menekankan perlunya usaha untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi berkat. Rezeki bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, tetapi kesihatan dan juga pelbagai bentuk lagi yang menjamin kebahagian rumah tangga. Namun, ramai yang memandang mudah sebab hilangnya rezeki setelah perkahwinan dan mempunyai zuriat.

Allah telah tentukan setiap anak ada rezeki mereka masing-masing namun tanpa usaha dan beberapa punca seperti di bawah ini keluarga tersebut pasti berpecah belah dan berakhir dengan penceraian yang menyakitkan banyak pihak terutama sekali anak-anak:


1. Sering bergaduh
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit

7. Kurang berdoa
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
loading...

1 Response to "Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri Dan Keluarga"

  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di FANSPOKER

    ReplyDelete

Didakwah