INSYA'ALLAH! HIMPUNAN DOA UNTUK MEMPERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN!


Setelah berhempas-pulas memerah otak sekian lama di dalam kelas mendengar arahan dan syarahan guru mahupun pensyarah, sudahkah anda benar-benar pasti yang anda bisa menjawab peperiksaan dengan lancar tanpa melakukan sebarang kesalahan atau kelalaian? Sudah tentu tidak. 
Pada akhirnya, kita sebagai umat Islam harus terus berdoa dan bertawakal agar urusan peperiksaan dipermudahkan dari awal hingga akhir. Doa sebagai contoh, adalah perbuatan yang paling mudah dan mujarab untuk seseorang mendekatkan dirinya dengan tuhan selain membaca Al-Quran mahupun menunaikan solat fardhu. Bahkan, perbuatan berdoa itu juga bisa dilakukan di mana-mana sahaja tanpa batasan.


Foto -GPS Bestari
Foto -GPS Bestari

Di sini, Wanista senaraikan beberapa doa mudah untuk dihafal dan diamalkan oleh semua terutama sekali bagi adik-adik mahupun anak anda yang sedang giat menghabiskan peperiksaan akhir tahun.
#1 Doa Mengulang Kaji Pelajaran

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
#2 Doa Selesai Megulang Kaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
#3 Doa Ketika Masuk Ke Dewan Peperiksaan

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
#4 Ketika Menerima Kertas Soalan

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
#5 Doa Ketika Sukar Jawab Soalan

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
#6 Jika Terlupa Sesuatu Ilmu Ketika Menjawab (Blank)

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
Semoga urusan peperiksaan dari awal hingga akhirnya dipermudahkan serta gred yang dikurniakan kepada anda nanti juga akan berbaloi dengan apa yang diusahakan. In Shaa Allah… Amin.
Selamat Beramal!
SUMBER:WANISTA
loading...

0 Response to "INSYA'ALLAH! HIMPUNAN DOA UNTUK MEMPERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN!"

Post a Comment

Didakwah