SUBHANALLAH!! SUNGGUH INDAH MASJID MASJID INI!

Masjid atau rumah Allah adalah tempat beribadat umat Islam yang lebih dari sekadar kubah serta mimbarnya. Ia dibina sebagai tempat muslimin dan muslimat untuk beribadat, menyebarkan syiar islam, belajar dan mengeratkan komuniti.
Jika anda seorang yang gemarkan seni bina, anda pasti akan jadi kagum melihat seni bina masjid di seluruh dunia. Setiap negara Islam mempunyai identiti yang tersendiri bahkan itulah yang diterapkan ke dalam pembinaan sesebuah masjid, menggabungkan kesenian tempatan dan seni bina Arab sekaligus menjadi simbol keagungan Islam sepanjang zaman.
Wanista lampirkan antara 12 masjid tercantik di dunia yang pasti membuatkan anda terpegun melihat keindahannya.
#1 Masjid al-Haram, Mekah
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Antara masjid yang tertua di dunia dan adalah kawasan yang paling suci dalam Islam. Umat Muslim semuanya menunaikan solat sambil berpandu ke arah kiblat iaitu Kaabah.
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Masjid ini sedia maklum penuh setiap hari namun orang pasti akan lebih ramai membanjiri Masjid al-Haram sekitar musim Haji yang bisa meningkat sehingga 2 Juta pelawat dalam satu-satu masa.
#2 Masjid al-Nabawi, Madinah
Sumber: DeviantArt
Sumber: DeviantArt
Selepas Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi adalah tempat kedua paling suci. Di sinilah tempatnya Rasulullah S.A.W banyak menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan sedikit-sebanyak telah menyumbang idea pembinaan masjid ini.
Sumber: pinterest
Sumber: Pinterest
Untuk itu, makam Rasulullah S.A.W juga ada ditempatkan di bawah kubah hijau yang terletak pada bahagian tengah penjuru masjid.
#3 Masjid As-Sakhrah, Baitulmuqqadis
Sumber: pinterest
Sumber: Pinterest
Ramai yang sering keliru masjid ini adalah merupakan masjid Al-Aqsa walhal ini ialah Masjid As-Sakhrah, dibina tidak jauh dari Al-Aqsa.
Sumber: shankhachilerdana.wordpress
Sumber: shankhachilerdana.wordpress
Masjid ini yang turut dikenali sebagai Masjid Kubah Batu sebenarnya adalah kompleks, tempat di mana terdapatnya batu yang ingin mengikut Rasulullah pergi ke langit ketika Nabi Muhammad di Israkkan.
Batu yang dimaksudkan. Sumber: birowisatamuslim.wordpress
Bahagian atas batu yang dimaksudkan. Sumber: birowisatamuslim.wordpress
Batu tersebut bersumpah tidak akan turun semula ke bumi hingga ke hari kiamat. Oleh kerana itu, batu tersebut seakan berada di awang-awangan seterusnya mendatangkan rasa cemas dalam kalangan orang yang melihatnya. Pihak kerajaan kemudian telah membuat binaan di bawahnya untuk menutup keliling batu tersebut supaya ia terlindung. Maka dibinalah masjid dengan batu tersebut terletak pada bahagian bawah kubahnya.
Batu terapung dari bahagian bawah masjid. Sumber: runizan.blogspot.my
Batu terapung dari bahagian bawah masjid. Sumber: runizan.blogspot.my
#4 Masjid Biru, Istanbul
Sumber: Scripters
Sumber: Scripters
Masjid Biru atau lebih dikenali dengan nama Masjid Sultan Ahmed ini popular dalam kalangan pelawat adalah kerana jubin biru cantik yang menghiasi bahagian dalam masjid. Terdapat lebih 20,000 keping jubin seramik yang dibuat menggunakan tangan.
Sumber: askideas.com
Sumber: askideas.com
Lampu gantung chandeliar juga ada menghiasi syiling masjid. Telur burung unta adakalanya akan diletakkan pada lampu tersebut kerana dipercayai dengan cara itu ia dapat menghalang labah-labah dari membuat sawang.
#5 Masjid Hassan II, Casablanca
Sumber -pinterest
Sumber -pinterest
Dibuka pada 1993, masjid ini mempunyai lampu pancaran laser di menaranya yang bisa dipancarkan terus ke arah Mekah menerusi bentangan lautan sejauh 20 batu.
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Menara setinggi 70 kaki itu dikatakan merupakan struktur binaan keagamaan yang tertinggi di dunia. 
#6 Masjid Besar Sheikh Zyed, Abu Dhabi
Sumber -Rare Scenes
Sumber: Rare Scenes
Ini adalah salah satu masjid yang paling besar di dunia yang bisa membuatkan hampir 40,000 jemaah.
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
Pancaran lampu yang unik di bahagian dinding luar masjid menjadikan keadaan langit malam kelihatan sungguh cantik, bertindak-balas dengan fasa bulan. Ini kerana bulan Islam dikira dengan merujuk kepada kalendar bulan.
#7 Masjid Qolsharif, Rusia
Sumber: pinterest
Sumber: pinterest
Dibina pada abad ke-16, ini adalah masjid terbesar yang ada di Rusia hanya bertahan selama 20 minit sebelum dimusnahkan oleh musuh.
Pada tahun 1996, ia telah dibina semula dan kini dijadikan sebagai sebuah muzium. Namun begitu, ketika sambutan perayaan Islam, ramai yang akan datang untuk menunaikan solat sunat dan sebagainya di sini.
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
#8 Masjid Kristal, Kuala Terengganu
Sumber: hiconsumption.com
Sumber: hiconsumption.com
Sempurna dibangunkan pada tahun 2008, masjid ini dibina dengan kaca, logam dan kristal. Namun begitu, saiznya agak kecil yang hanya memuatkan sekitar 1,500 orang sahaja. Tetapi, lihat sahajalah strukturnya… Cantik! Lebih-lebih lagi ketika hening malam!
#9 Masjid Makam Ali, Afghanistan
Sumber: wondermondo.com
Sumber: wondermondo.com
Berdiri megah di bandar keempat terbesar di Afghanistan iaitu Mazar-i-Sharif, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru dalam kalangan rakyat setempat. Sekali pandang memang nampak macam taman permainan. Asyik sungguh struktur dan hiasan yang ada pada bangunan masjid ini.
Sumber: pinterest
Sumber: pinterest
Masjid ini terkenal kerana ia dipercayai mempunyai makam Ali ibn Abi Talib iaitu sepupu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Masjid dibina menggunakan jubin jenis polychrome yang terdiri dari pelbagai palet nuansa biru menenangkan.
#10 Masjid Besar Cordoba, Sepanyol
Sumber: utrecht.cervantes.es
Sumber: utrecht.cervantes.es
Jangan tanya kenapa ada salib, sebab masjid ini asalnya adalah sebuah gereja Kristian yang dibina oleh Visigoths sebelum kurun ke-400.  Namun, pada zaman pertengahan, ia kemudiannya ditukarkan menjadi sebuah masjid. Sayangnya, selepas tempoh penawanan semula Portugis dan Sepanyol ke atas daerah semenanjung Iberian, kini ia menjadi gereja semula.
Tidak sepatutnya berada dalam senarai tetapi ada orang Muslim yang telah pergi merujuk kepada Vatican sama ada mereka boleh terus bersolat di situ atau pun tidak dan Pope tidak membenarkan. Tinggallah hanya senjarah…
Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest
#11 Masjid Nusrat Djahan, Copenhagen
Sumber: Ahmadiyya Mosques
Sumber: Ahmadiyya Mosques
Kenapa saiz masjid ini kecil? Kerana populasi Muslim dalam masyarakat Denmark hanyalah sekitar 4 peratus sahaja. Walau bagaimanapun, angka Muslim semakin meningkat sehingga kini. Ia dibina pada tahun 1967, masjid ini dikenali sebagai masjid yang pertama di Denmark.
#12 Masjid Nasir al-Mulk, Iran
Sumber -wikipedia
Sumber: Wikipedia
Bagai melangkah masuk ke alam fantasi, masjid yang siap dibina pada tahun 1888 ini turut dikenali sebagai Masjid Merah Jambu. Apa yang menarik, masjid ini dikelililingi tetingkap gelas berwarna -menggabungkan seni reka tradisi Iran yang eksentrik.
Sumber: Oruj Travel
Sumber: Oruj Travel
Sumber: Rebrn.com
Sumber: Rebrn.com
SUMBER:WANISTA
loading...

0 Response to "SUBHANALLAH!! SUNGGUH INDAH MASJID MASJID INI!"

Post a Comment

Didakwah