"Meludah ke langit, akhirnya terkena hidung sendiri", PENGANUT KRISTIAN MENGHINA ISLAM AKHIRNYA MENDAPAT MALU

Kongsikan di

Al-Quran bukan satu-satunya agama yang meletakkan garis panduan dan hukuman dalam melindungi kesucian agamanya. Tetapi, umat Islam selalu diperlekehkan dan didakwa ‘agama penindasan‘ atau ‘agama keganasan‘ kerana adanya hukum dalam menutup aurat, zina, minum arak, peperangan, mencuri, dan sebagainya. Ini kerana tidak ramai yang membuat kajian terhadap kebenaran agama itu sendiri sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Bukankah agama lain juga mempunyai undang-undang dan garis panduan tertentu? Inilah sandaran yang menjadi tunjang eksperimen sosial sekumpulan anak muda Dit is Normaal di bandar Belanda. Eksperimen yang digelar ‘The Holy Quran Experiment’ di laman Youtube mereka kini hampir mencecah 6 juta ‘views’ dan mendapat kritikan (serta pujian) daripada pelbagai pihak.

EKSPERIMEN SOSIAL KHAS UNTUK PENGANUT KRISTIAN

Dalam eksperimen ini, mereka meminta pejalan kaki membaca ungkapan dan memberi pandangan terhadap larangan keras, amaran dan hukuman yang terdapat dalam sebuah kitab. ‘Trick’nya di sini, mereka mengatakan ayat yang dibacakan tersebut adalah daripada kitab Al-Quran.
Sangat mengejutkan kerana tiada antara mereka yang menyangka bahawa ia sebenarnya Kitab Bible! Ada yang tersipu malu dan mengaku mereka tidak menyedari bagaimana mereka boleh berfikiran prejudis terhadap Islam. Cuba lihat reaksi mereka dan renungkanlah pengajarannya.
SUMBER:NAZURAH HASSAN
loading...

0 Response to ""Meludah ke langit, akhirnya terkena hidung sendiri", PENGANUT KRISTIAN MENGHINA ISLAM AKHIRNYA MENDAPAT MALU"

Post a Comment

Didakwah