ORANG ISLAM SENDIRI YANG MENJADI PUNCA NON-MUSLIM TIDAK HORMAT PADA KITA!!

Kongsikan di


Sebab bila aku cakap non-muslim boleh masuk masjid, dia tak percaya, sebab dia pernah kena halau walaupun hanya berjalan di sekitar kawasan Masjid. Dia yakin yang orang non muslim tak boleh masuk masjid.
Bila dia rancang nak buat 1 bilik surau di bilik mesyuarat, aku tawar nak letak frame "Assalamualaikum". Dia risau sebab dia kata dia pernah tanya kedai-kedai frame pasal tulisan-tulisan cantik. Dia nak beli untuk kawan dia Islam, tapi orang kedai tu tak bagi dia beli dan tak terangkan kenapa, katanya ini untuk orang Islam sahaja.
Dan semalam, bila aku terangkan pasal purdah, pun dia tak setuju konsep purdah untuk elak daripada dipandang. Sebab dia kata dia nampak banyak gambar perempuan purdah di Facebook.
Dan paling 'sengal', bila aku tampal sticker tulisan "kiblat" di lantai surau, dia suruh aku ubah. Dia kata itu korang punye kiblat, jangan tampal kat lantai nanti orang pijak-pijak. Aku terangkan itu arah sahaja, dia tak setuju juga. Jadi, terpaksa aku tampal di atas siling. (Hormatnya dia terhadap agama Islam).
Masa bulan puasa, bos bagi aku balik awal 1 jam, tapi aku cakap, "Tak apa saya balik macam biasa." Bukan nak cakap aku baik gila, tetapi sebelum tu bos aku cerita dia pernah kerja pejabat penuh dengan Muslim. Bulan puasa rata-rata semua tidur masa office hour, lepas tu nak balik awal pula.
Dan hampir tiap-tiap hari aku kena jawab soalan-soalan dari officemate aku, mereka persoal kenapa orang Islam buat macam ni, kenapa orang Islam buat macam tu. (P/S: Lagi susah bila kena terangkan dalam Bahasa Cina pula.)
Apa aku nak cakap sini, kalau ada orang non-muslim yang tak hormat pada agama Islam, jangan salahkan mereka. Salahkan diri kita.
Kata Ustaz Abu Zaki bin Yusuf, tahun baru ni cuba kita azam untuk bermimpi jumpa Rasulullah S.A.W.
Mula-mula rasa sejuk je hati kalau dapat jumpa Baginda, tapi fikir balik, apa aku nak jawab kat Rasulullah S.A.W nanti, setelah aku jauhkan orang-orang non-muslim dari agama Islam yang dibawa dengan titisan darah Baginda.
SUMBER:NURULWAHIDA OTHMAN, VOCKET
loading...

0 Response to "ORANG ISLAM SENDIRI YANG MENJADI PUNCA NON-MUSLIM TIDAK HORMAT PADA KITA!!"

Post a Comment

Didakwah