Saudara Islam kita hilang tempat tinggal akibat gempa di Acheh



JAKARTA: Jumlah mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi di barat Indonesia meningkat kepada hampir 84,000 orang, menyebabkan pihak berkuasa bergelut menjaga mereka, kata seorang pegawai hari ini. 

Gempa cetek minggu lalu mengorbankan lebih 100 orang dan mencederakan ratusan lain apabila ia menggegarkan wilayah Aceh, satu daripada kawasan paling teruk terjejas akibat tsunami mega di Lautan Hindi pada 2004. Ribuan rumah, premis perniagaan dan masjid menjadi rata akibat gempa magnitud 6.5, melanda sebelum Subuh ketika ramai penduduk di rantau itu bersiap sedia menunaikan solat. 

Hospital dan klinik lapangan segera penuh sesak akibat ramai mangsa yang cedera, manakala dapur dan pusat perlindungan dipenuhi penduduk yang sehelai sepinggang. Ketika skala bencana itu terus didedahkan, jumlah mangsa yang kehilangan tempat tinggal hampir dua kali ganda kepada lebih 83,800 orang, kata jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho. 

"Penduduk ketakutan dan bimbang dengan gempa susulan, justeru lebih selesa ditempatkan di pusat pemindahan. Masalahnya, bekalan air di sesetengah pusat tidak begitu baik," katanya menambah, telaga menjadi kering sejak gempa. 

Bantuan mula sampai ke kawasan teruk terjejas, namun bantuan segera makanan, pakaian dan produk sanitasi, amat diperlukan, kata agensi. -AFP

Sumber : Berita Harian
loading...

0 Response to "Saudara Islam kita hilang tempat tinggal akibat gempa di Acheh"

Post a Comment

Didakwah

loading...