82 Saudara Kita Terbunuh Di Syria. Kemana Hilangnya Kemanusiaan? Kemana Hilangya Persaudaraan Sesama Muslim??



GENEVA: Tentera prokerajaan Syria menjalankan sekurang-kurangnya 82 pembunuhan gaya hukuman mati ke atas orang awam sejak beberapa hari lalu, termasuk wanita dan kanak-kanak, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), memetik laporan boleh dipercayai di lapangan. 

Pejabat hak asasi PBB berkata, ia menerima laporan "tentera prokerajaan membunuh sekurang-kurangnya 82 orang awam termasuk 11 wanita dan 13 kanak-kanak di empat kejiranan berbeza di timur Aleppo," kata jurucakapnya, Rupert Colville kepada media di sini.

Katanya, pembunuhan itu dilakukan sejak beberapa hari kebelakangan ini, "tidak mustahil" dalam tempoh 48 jam lalu dan pejabatnya mempunyai nama mangsa. -AFP

Sumber :Berita Harian
loading...
Loading...

0 Response to "82 Saudara Kita Terbunuh Di Syria. Kemana Hilangnya Kemanusiaan? Kemana Hilangya Persaudaraan Sesama Muslim??"

Post a Comment

Didakwah