MENGAPA DIET GAGAL!! KETAHUI PUNCANYA

Kongsikan di


Anda telah berusaha keras.
Anda telah menjalani diet yang ketat.
Anda tahu anda akan berjaya, kerana anda telah mengambil set produk kurus yang terbukti menurut rakan anda.
Anda telah turun bersenam setiap petang. Anda tidak pernah ponteng sepanjang minggu itu.
Anda lakukan dengan sepenuh hati. Anda yakin akan kurus pada bulan berikutnya.
Namun perkara sebaliknya yang terjadi …
Anda telah jatuh sakit. Badan anda langsung tidak mampu menampung apa yang anda buat
Perkara ini telah melumpuhkan segala usaha anda.
Lebih malang, berat badan anda semakin bertambah selepas kejadian ini..

Anda boleh lakukannya

Sebagai manusia biasa, anda dan saya pasti akan bertarung dengan perkara sebegini.
Kita juga mahu mempunyai tubuh badan yang sihat seperti orang lain. Kita juga mahu kesihatan yang baik. Kita berharap dikurniakan segala kesempurnaan seperti orang lain.
Siapa yang mahu mempunyai tubuh yang gemuk, lembik dan tidak tegap kan?
Tetapi..
Kadangkala, kita rasa ini suatu misi yang mustahil. Bagaimana untuk kurus dengan sempurna tetapi pada masa yang sama kita semakin sihat?
Sebenarnya ia tidaklah serumit yang anda fikir.
Sudah ramai yang berjaya kurus tanpa sebarang produk dan ubatan, hanya dengan mengenali asas pemakanan  yang betul sahaja.
Apa yang lebih penting, bila digabungkan dengan strategi senaman yang betul, InsyaaAllah kita akan mencapai berat badan ideal dan lebih sihat dari sebelumnya.
Bunyi macam menarik kan? Mari saya jelaskan.

3 Masalah Utama Mengapa Anda Gagal

Mari kita lihat apa sebabnya anda gagal untuk mengikuti program diet.
Sebab utama gagalnya sesuatu perkara adalah berpunca daripada anda sendiri. Anda gagal untuk membentuk dan menyediakan diri anda untuk perubahan.
Anda tidak faham? Begini..

Masalah #1: Kita cuba untuk mengubah semua dengan sekali harung

Ini adalah penyumbang utama kegagalan dalam menurunkan berat badan.
Kita cuba untuk buat semua perkara dalam satu masa.
Kita paksa diri kita untuk berlari, push-up, tahan makan, pumping, dan sebagainya dalam satu masa.
Sebenarnya cara ini salah.
Malah ia membuatkan anda untuk gagal dan berputus asa dengan lebih cepat.
Kita sepatutnya bermula dengan sesuatu yang paling kecil..
..dan satu sahaja perkara dalam satu masa.
Secara personal, saya hanya akan bina terlebih dahulu sesuatu habit pada satu masa. Apabila habit itu telah terbentuk menjadi rutin, saya akan bina habit baru yang seterusnya.
Sebagai contoh, saya akan berjogging dulu secara ringan selama 2-3 minggu untuk pusingan padang yang kecil, sehingga saya rasa ia telah menjadi rutin saya sebelum menambah exercise yang lain.
Kemudian saya akan fokus pula terhadap exercise baru itu sehingga menjadi gaya hidup yang baru sebelum beralih lagi ke yang seterusnya.

Masalah 2# Anda Mulakan Dengan Habit Yang Terlalu Besar

Memulakan satu rutin tidak sepatutnya membebankan anda.
Mulakan sesuatu yang sangat kecil, senang serta mudah untuk dibuat pada setiap hari.
  • Berjogging 10 km setiap hari? Mulakan dengan 2 atau 3 pusingan terlebih dahulu disekitar blok rumah anda.
  • Mahu minum 8 gelas air masak sehari? Mulakan dengan 1 atau 2 gelas terlebih dahulu.
Sebenarnya, apa yang paling sukar adalah semasa mula-mula untuk membentuk rutin yang baru.
Ia memerlukan dorongan motivasi yang sangat tinggi untuk turun bersenam selepas pulang kerja seharian yang memenatkan.
Tapi sebaik sahaja anda sudah mula melakukannya, anda akan menyelesaikannya tanpa perlu sebarang dorongan motivasi.
Bagaimana menyelesaikan perkara ini? Gunakan strategi 2 minit.

Masalah 3# Menganggap perubahan kecil tidak memberi kesan

Jangan memandang rendah terhadap 1% penambahbaikan setiap hari.
Jika kita mendengar orang lain bercakap mengenai matlamat mereka, anda akan mendengar bagaimana mereka mengatakan apa yang paling kurang mereka ingin capai:
  • “Aku nak simpan paling kurang RM 10K tahun ini”
  • “Aku nak baca sekurang-kurangnya 30 buah buku tahun ini”
  • “Aku nak hilangkan sekurang-kurangnya 20kg sebelum kahwin”
Andaian kita mengatakan kita perlu membuat pencapaian yang besar untuk melakukan perubahan.
Dek kerana tanggapan ini, kita selalu meyakinkan pada diri kita bahawa kita harus mengejar habit yang besar.
Jika aku nak hilang 20kg, aku tak boleh makan dan kena bersenam tanpa henti 90 minit setiap hari!”
Walaubagaimana pun, jika anda berpijak pada bumi yang nyata dengan melihat rutin semasa anda, pasti anda akan melihat satu gambaran yang berbeza.
Hampir semua kelakuan yang anda buat pada hari ini, baik atau buruk, merupakan kesan daripada keputusan-keputusan kecil yang anda buat dari semasa ke semasa.
Tanpa sedar, anda mengulangi kelakuan itu sedikit demi sedikit sehingga membentuk satu hasil yang jelas.
Setiap hari kita akan membuat keputusan untuk menjadi 1% lebih baik atau lebih buruk, tetapi selalunya pilihan itu kecil sehingga kita tidak menyedarinya.
Oleh itu, jika anda serius untuk membina rutin yang baru (diet), maka bermulalah dengan perkara kecil.
Mula dengan sesuatu yang anda boleh kekal dengannya.
Kemudian, jika anda sudah dapat mengulanginya dalam masa yang mencukupi, maka anda boleh menambahkan lagi arasnya.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Jika anda berterusan menambah 1% improvement setiap hari, anda pasti akan mendapati diri anda akan meningkat dengan sangat cepat dalam masa 2 atau tiga bulan sahaja.
Yang penting anda kekalkan momentum dan jadikan sesuatu rutin itu semudah yang mungkin untuk dicapai.
Bina rutin terlebih dahulu. Fikirkan mengenai keputusannya pada kemudian hari.


Work smart, not hard

Orang bijak tidak buang masa.
Mereka selalu mencari solusi untuk menjimatkan masa, tapi pada masa yang sama memberi impak yang besar terhadap produktiviti.
Hasilnya hidup mereka jadi mudah, tetapi teratur dan kemas.
Contohnya smartphone.
Ia banyak memudahkan hidup kita untuk lebih produktif dan mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik
Dalam skop diet juga tidak terkecuali.
Ada cara yang smart untuk membantu anda mencapai hasil yang diingini tanpa bersusah payah dan gagal lagi.
Bagaimana? Gunakan planner diet.
planner diet
Ia sangat membantu anda kekal di landasan, stick pada habit dan pada masa yang sama menyediakan maklumat lengkap tentang strategi dan nutrisi pemakanan yang betul dalam membantu anda mencapai berat badan optimum.
Pernah dengar mengenai Diari Diet?
Mari saya ceritakan serba sedikit mengenai kelebihan diari ini dalam membantu anda menurunkan berat badan dan kekal sihat.

Kurangkan kesilapan yang sia-sia. Do it right, and smart.

Bagaimana diari diet ini berfungsi membantu anda?
Diari ini akan berfungsi dengan mewujudkan visual trigger yang akan membantu anda untuk kekal konsisten.
diet-indicator
Apa yang menariknya, ia adalah yang pertama dihasilkan di Malaysia, dalam bahasa Malaysia, oleh anak Malaysia.
Ia dihasilkan oleh 2 orang blogger di Malaysia iaitu Joy Kalonas dan Fadhli Hamdan.
Seperti juga Smartphone, diari ini dicipta untuk membantu anda mencapai matlamat dengan lebih bijak dan lebih efektif.
Ia menggabungkan 3 konsep dalam 1:
  1. Planner harian (macam diari harian kita, tapi yang ni khas untuk diet). Ia akan membantu kita membentuk habit dan kekal di landasan yang betul.
  2. Buku yang sarat dengan info diet (sesuai untuk newbie dan masih belum mahir dengan pemakanan)
  3. Personal Coaching – interaksi buku tersebut dengan pengguna (seolah-olah buku amali)

Apa keistimewaan planner diet ini?

The best way to improve your self-control is to see how and why you lose control.
– Kelly McGonigal
Seperti saya katakan pada awal tadi, secara ringkasnya visual trigger akan memberi kesan isyarat visual terhadap minda kita dengan:
  • Isyarat visual akan mengingatkan anda untuk memulakan rutin.
  • Memaparkan mengenai pencapaian semasa anda, mengelakkan anda keluar dari landasan dan mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya.
  • Isyarat visual akan menambahkan motivasi anda dari semasa ke semasa
  • Memandu anda supaya konsisten dengan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.
Diari Diet ni sangat menekankan kepentingan strategi yang betul dan berkesan untuk turunkan, naikkan, atau kekalkan berat badan.
Ia juga memuatkan senarai kalori makanan, perancangan menu harian, senaman, serta tip-tip diet lain
Tujuan utamanya adalah untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan secara sihat selain bersifat jangka masa panjang.
Dibawah saya sertakan gambar hasil review saya mengenai planner ini:



Anda tidak akan bosan..

Alhamdulillah, setelah selesai proses review sendiri Diari Diet ini, apa yang boleh saya simpulkan adalah ia BENAR-BENAR MENARIK!
Secara fizikal, design diari ini sangat mesra pengguna.
Segala info penting dipermudahkan dalam bentuk yang menarik, penuh dengan illustrasi yang comel.
Komik dalam diari ini dilukis oleh Fadhli Hamdan.
Selain daripada lukisan yang comel, jalan cerita dan nota-nota yang diterapkan sangat humor. Ianya sangat memudahkan anda berinteraksi dengannya.
planner diet
Malah, sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.
Dengan ketebalan 241 muka surat, penggunaan diari ni cukup untuk kegunaan selama 6 bulan secara berterusan, iaitu 1 muka surat untuk 1 hari.
Juga, penanda buku yang dilengkapi dengan “Glycemic Index (G.I)” diberikan secara percuma.
InsyaaAllah diakhir penggunaan diari ini, anda akan mencapai target berat badan yang diingini..
..dengan sihat dan cemerlang.

Lakukan perubahan sekarang

Harga diari ini hanyalah RM32 (tidak termasuk pos).
Sangat berbaloi untuk dimiliki berbanding kebaikan besar yang ia berikan pada diri anda.
Jika anda memerlukan info lanjut sebelum meneruskan pembelian, anda boleh melayari pautan rasmi produk disini: Diari Diet versi 2.0 (OFFICIAL RELEASED)
SUMBER: MUHAMMAD NAIM
loading...

1 Response to "MENGAPA DIET GAGAL!! KETAHUI PUNCANYA"

  1. bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    FANSPOKER cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete

Didakwah