Menghalalkan Yang Haram Dan Mengharamkan Yang Halal Hukumnya MURTAD??

Kongsikan di




Soalan :
Assalamualaikum Saya ingin mempunyai kemusykilan dan ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan. Saya terbaca di dalam ruang soal jawab ugama di dalam laman web JAIS bahawa menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal hukumnya MURTAD.
Baru-baru ini dalam keadaan marah, saya telah melafazkan kata-kata berikut secara spontan. "Saya haramkan (diri saya) memakan aiskrim itu pada hari ini". Bukanlah maksud saya untuk mengharamkan aiskrim tersebur tetapi sekadar bermaksud yang saya tidak akan sama sekali makan aiskrim itu pada hari itu walau apa pun terjadi. Pada masa itu, saya berada di dalam keadaan marah dan tertekan kerana sedang memikirkan sesuatu masalah yang perlu saya selesaikan.
Soalan saya :-
1. Apakah hukumnya.
2. Adakah ia juga dikira MURTAD.
3. Apakah yang harus saya lakukan kerana saya benar-benar insaf dan menyesal atas perbuatan dan ketelanjuran saya selepas itu.


Jawapan:
  • Tidak salah. Kerana saudara mengharamkan memakannya, bukan meng-i'tikadkan haram jenis makanan tersebut.
  • Tidak murtad.
  • Pada masa akan datang, berhati-hati menuturkan kata-kata.
Sumber: muftiselangor
loading...

1 Response to "Menghalalkan Yang Haram Dan Mengharamkan Yang Halal Hukumnya MURTAD??"

  1. bingung mau ngapain
    mari bergabung dengan kami di FANSPOKER

    ReplyDelete

Didakwah