Amalan Mustajab Dan Keutamaan Membaca 10 Surah Al Quran

Kongsikan di

Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang diwahyukan kepada nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi umat manusia. Ada banyak riwayat yang sahih menyebutkan bahawa membacanya adalah pahala. Semakin baik bacaan dan tingkat penghayatannya, semakin besar juga pahala yang diperoleh oleh si pembaca. Selain itu, setiap Surah di dalam Al-Qur’an juga mempunyai ‘mumayyazah’ dan kelebihan masing-masing. Di antaranya adalah:
.
.
Surah Sepuluh
Membaca 10  surah dapat menyelamatkan daripada 10 perkara:
.
.
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah SWT Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah SAW bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi).
.
.
Anas ra. menyatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki jantung dan hati, jantung Al-Qur’an adalah surat Yaasin. Sesiapa membaca surat Yaasin maka Allah menetapkan baginya pahala menyamai membaca Al-Quran sepuluh kali.” (HR. Tirmidzi)
Rasulullah SAW juga bersabda : “Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
.
.
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Dan membaca Surat Ad-Dukhan juga, Malaikat memohon ampun untuknya.
Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
.
.
Ibnu Mas’ud ra. mengemukakan, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka ia tidak ditimpa akan merasai kepapaan untuk selamanya.” (HR. Baihaqi)
Mereka yang membacanya sebagai wirid, InsyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, Insya Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
.
.
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, Insya Allah, akan terselamat dari azab kubur.
Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya ada sebuah surat dari Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat, ia memberi syafaat bagi seseorang (yang membacanya) hingga diampuni dosanya, yakni Tabaarakal ladzi biyadihil mulku (Surat Al- Muluk).” (HR. Admad dan Ibnu Hibban).
.
.
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, Insya  Allah dia dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.
Ibnu Umar ra. mengabarkan, Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah seseorang dari kalian sanggup membaca seribu ayat setiap hari? Siapa yang boleh melakukan itu wahai Rasulullah? Tanya sahabat. Tidakkah seseorang diantara kamu boleh membaca “Alhaakumuttakatsur” (HR. Hakim dan Baihaqi)
.
.
7.  SURAH AL-KHAFIRUN
“Sesiapa yang membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.” (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
.
.
8.  SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.”
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
.
.
9.  SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.”
Sesiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Sesiapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
.
.
10.  SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia.
Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
loading...

1 Response to "Amalan Mustajab Dan Keutamaan Membaca 10 Surah Al Quran"

  1. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat ayo gabung di fanspoker
    ditunggu apa lagi mari segera bergabung dengan kami ya ^^

    ReplyDelete

Didakwah