8 Penyakit Boleh Diubati Dengan Kelapa, Diakui Saintis!


Buah kelapa memang sangat berguna dalam masakan melayu. Minyak yang dihasilkan daripada kelapa memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikkan. Tahukah anda khasiatnya bukan setakat itu sahaja, pelbagai penyakit kronik boleh diubati berdasarkan kajian saintis daripada seluruh negara. 

1. Darah tinggi
Kajian dari Brazil mendapati menyapu minyak kelapa pada badan sebelum bersenam boleh meredakan tekanan oksidatif sekaligus mengurangkan hypertension.

2. Penuaan otak
Kajian oleh Institut Kebangsaan Kesihatan Amerika Syarikat melaporkan bahawa asid lemak dalam minyak kelapa melambatkan kesan penuaan pada otak.

3. Masalah dalam mulut
Saintis India merumuskan bahawa kelapa mengandungi antimicrobial yang mampu mengatasi masalah dalam mulut seperti mengurangkan pembentukan plak dan gingitivis.

4. Jerawat
Kajian daripada Universiti California, San Diego menemui asid lauric iaitu satu bahan semula jadi dalam kelapa yang berpotensi dalam merawat jerawat.

5. Alzheimer
Kajian terpencil oleh penyelidik Sepanyol mendapati minyak kelapa memberi perubahan positif pada pesakit Alzheimer. Saintis dari New Zealand dan Australia juga mendapati minyak kelapa sangat berguna bagi mereka yang menghadapi masalah ingatan.

6. Kulit kering
Penyelidik dari Jabatan Dermatologi, Pusat Perubatan Makati Filipina mendapati minyak kelapa boleh merawati masalah kulit kering yang serius.

7. Arthritis
Saintis India menemui bukti bahawa bahawa bahan polyphenolics yang terkandung dalam minyak kelapa dara boleh merawat penyakit Arthritis.

8. Masalah tulang
Penyelidik di Jepun mendapati air kelapa boleh melambatkan masalah bone loss yang biasa dihadapi oleh mereka yang sudah menopause. Bone loss yang dibiarkan tanpa rawatan boleh bertambah teruk sehingga menyebabkan osteoporosis.
loading...

0 Response to "8 Penyakit Boleh Diubati Dengan Kelapa, Diakui Saintis!"

Post a Comment

Didakwah