Rahsia Disebalik Peria Katak, Berkesan Untuk Kencing Manis

Kongsikan di


Abang percaya kita yang generasi muda ni rata rata tak kenal sayuran seperti gambar diatas tu kan? Orang zaman dahulu selalu mengamalkan makanan berasaskan ulaman dan sayuran untuk mengekalkan kesihatan. Antaranya ialah peria katak ini mempunyai khasiat untuk kesihatan. 

* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.

* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.

* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.

* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,

* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.

* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.

* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.

Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
loading...

0 Response to "Rahsia Disebalik Peria Katak, Berkesan Untuk Kencing Manis"

Post a Comment

Didakwah