Bila Ketenangan Hadir?
Ketenangan akan hadir apabila kita
meletakkan Allah ditempat paling utama.
Macam mana kita rasa nak dapat ketenangan tu?
Pertama.
Ketenangan itu perlu di cari. Sama seperti hidayah Allah.
Ketenangan dan hidayah tak akan datang kalau kita tidak mencarinya.
Tenang itu bila mana kita;
Kita hadapinya. Memaafkan dan menerima.Jangan pendam.
Jangan dendam.
Sampai bila bila hati tidak akan pernah tenang.
Mulut kata “Aku tak apa apa, aku okay”, tapi hati gusar gelisah tidak
keruan.
Benda paling utama dalam mencari ketenangan adalah dengan
memaafkan. Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan
dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah disebalik segalanya. Kerana tidak
memaafkan, hanya akan meluka hati sendiri.
Percayalah, yang tenang itu selalu menang. Dalam tenang,
semuanya boleh terlihat jelas. Kerana dengan ketenangan juga, buat kau
tersenyum semula dengan riang pada akhirnya.
Sumber : tazkirah.net
loading...
0 Response to "Bila Ketenangan Hadir?"
Post a Comment