Ini 7 Etika Dalam Berhutang Menurut Islam
Memberi hutang harta atau wang kepada orang
lain merupakan suatu perbuatan terpuji yang dianjurkan oleh Islam, dalam hadis
Nabi SAW bersabda;
“Barangsiapa yang melapangkan seorang
mukmin dari kedurhakaan dunia, maka Allah SWT akan melapangkan untuknya
kedukaan akhirat.”
Selain itu, terdapat beberapa syarat kepada penghutang
dan pemiutang yang dianjurkan dalam islam;
1. Hutang Tidak
Boleh Mendatangkan Keuntungan Bagi si Pemberi Hutang.
Dalam berhutang, jika sesuatu proses hutang itu dilihat
membebankan sebelah pihak sahaja maka ianya adalah dilarang sama sekali. Jika
setiap hutang yang membawa keuntungan juga hukumnya adalah riba.
Ingat, hutang adalah untuk mengurangkan beban bukan
membebankan!
2. Mencatat
Perkara-perkara Hutang
Mencatat perkara-perkara berkaitan hutang-piutang adalah
untuk memudahkan kedua-dua pihak agar tidak berlaku salah faham dan permusuhan
di kemudian hari. Ini kerana tidak ada hutang yang selesai begitu saja kecuali
diikhlaskan oleh pemberi hutang.
Seperti yang dijelaskan dalam al-Quran,
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang
untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya.”al- Baqarah: 282
3. Berniat dan
Berazam untuk Membayar Hutang
Sama ada sedikit atau banyak, bertekadlah untuk membayar
hutang kita itu. Tidak kiralah secara beransur-ansur atau apa-apa cara
sekalipun. Tunjukkan usaha untuk membayarnya bukan berdiam diri atau melarikan
diri dari pemberi hutang. Jangan!
Sangat dilarang jika seseorang yang berhutang berniat
untuk tidak membayar hutangya. Bukankah hal ini boleh disamaertikan sebagai
seorang pencuri?
“Siapa saja yang berhutang, sedang ia
berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang
pencuri.”Hadis Riwayat Ibnu Majah
4. Membayar
Hutang dengan Segera
“Sebaik-baik orang adalah yang paling baik
dalam pembayaran hutang.”Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud
Ini sudah jelas menunjukkan bahawa sebaik-baiknya orang
adalah yang paling baik dalam membayar hutang.
Dengan itu, jika berhutang bayarlah dengan segera (jika
berkemampuan). Jangan ditunggu sehingga ditagih dan diminta dahulu, tapi
jadilah orang yang menepati waktu dalam berhutang.
5. Tidak Menunda
Membayar Hutang
Menunda-nunda membayar hutang boleh disamakan dengan
orang yang zalim dan menindas. Walaupun pemberi hutang itu adalah orang yang
kaya-raya, hutangnya wajib dibayar. Bahkan, tanpa kita tahu pemberi hutang itu
juga memerlukan wang tersebut.
“Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi
orang yang mampu adalah kezaliman.”Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim
6. Jangan
Berjanji dan Menipu untuk Membayar Hutang
Sekiranya tidak mampu untuk menunaikan hutang dalam masa
tertentu, jangan berjanji!
Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang,
maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Oleh itu, dalam berhutang jangan menjanjikan sesuatu hal
yang membuat orang berharap. Jangan berikan harapan palsu kepada pemberi
hutang.
7. Doakan Pemberi
Hutang
Doalah kepada kebaikan akan pemberi hutang itu sebagai
hadiah dan balasan kerana membantu dalam memberikan hutang kepada kita.
“Barangsiapa telah berbuat kebaikan
kepadamu, balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat
membalas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap
bahawa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.”Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
Hutang adalah sesutau yang wajib dibayar, jangan
dipandang hal ini sebagai mudah dan remeh.
Jika masih ada hutang berbaki, berdoalah kepada Allah SWT
agar dijauhkan daripada lilitan hutang dan berusahalah untuk terlepas daripada
belenggu hutang-hutang itu. Hal ini kerana perihal hutang ini akan bersangkutan
sehingga kita meninggal dunia kelak;
“Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada
hutangnya hingga hutangnya dibayarkan.”Hadis Riwayat
Ahmad, at-Tirmidzi, ad-Darimi, dan Ibnu Majah
loading...
0 Response to "Ini 7 Etika Dalam Berhutang Menurut Islam"
Post a Comment