Hukum Tertidur Ketika Solat
Soalan
: .Apakah hukumnya sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat,
terutamanya solat subuh. adakah solat akan terbatal.
Jawapan
:
Biasanya
kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur).
Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wuduk)
tanpa ada khilaf di kalangan ulama sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku
ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita
benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie
adalah seperti berikut;
1.
Jika tidur itu berlaku semasa sedang duduk iaitu punggung kita berada tetap di
atas lantai, tidaklah batal solat.
2. Jika tidur itu berlaku
semasa sedang berdiri atau sedang rukuk atau sujud, batallah solat mengikut
pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.
Ini
sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Majmuk”;
“Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu
punggungnya tetap di atas lantai, tidak batal solatnya tanpa khilaf (di
kalangan ulamak mazhab Syafiie). Jika ia tidur bukan ketika duduk (yakni ketika
berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Mengikut pandangan yang lemah;
tidak batal solat dan wuduknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan
mazhab (Syafiie); batal solat dan juga wuduknya” (al-Majmu’, 2/16. Dinaqalkan
secara mafhum).
Jika
seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya (dengan percakapan yang
bukan solat), batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya;
“Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur
itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah
wa an-Nazair, 1/276).
Mengenai
perbezaan antara mengantuk (terlelap) dengan tidur, dijelaskan oleh ulama
seperti berikut;
a)
Tidur menguasai akal dan deria (yakni akal dan deria tidak berfungsi lagi
kerana dikuasai oleh tidur), sedang mengantuk hanya melemahkan akal dan deria
sahaja (yakni akal dan deria masih berfungsi, cuma ia lemah sahaja kerana
dipengaruhi persaan mengantuk).
b)
Berkata al-Qadhi Husain dan Imam al-Mutawallai; tanda tidur ialah hati tidak
merasai apa-apa lagi dan sendi-sendi badan akan jatuh/longlai.
c)
Menurut ulama juga; di antara tanda mengantuk ialah kita masih mendengar ucapan
orang yang hampir dengan kita sekalipun kita tidak memahami apa yang
dikatakanya. Adapun mimpi ia adalah dari tanda tidur (maknanya, jika terlelap
hingga sampai bermimpi, itu tandanya kita telah tertidur).
Wallahu
a’lam.
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam
an-Nawawi, 2/13 (bab al-Ahdas allati Tanqudhu al-Wudhu’).
2. Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum).
3. Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.
2. Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum).
3. Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.
Sumber
: islamituindah
loading...
0 Response to "Hukum Tertidur Ketika Solat"
Post a Comment