Kelebihan Meniggal Dunia Hari Jumaat
Soalan
: Saya cuma ingin tahu apa keistimewaan hamba Allah yg meninggal dunia pada
hari Jumaat atau malam Jumaat.harap ustaz dapat jelaskan untuk kefahaman saya
dan semua.terima kasih.
Jawapan
:
Diriwayatkan
oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya hadis daripada Abdullah bin Amru, beliau
berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Tiada seorang pun daripada kalangan orang
muslim yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat melainkan
dia dipelihara oleh Allah SWT daripada azab kubur.”
Pandangan
ulama’ berkenaan taraf hadis :
Berkata
Abu Isa : Hadis ini dho’if (gharib) dan sanadnya (rantaian perawinya) tidak
bersambung. Imam Ibnu Hajar Al-Athqolani pula berkata bahawa hadis ini daripada
kategori hadis dho’if.
Secara keseluruhan,
kebanyakan ulama’ hadis berpendapat bahawa hadis ini adalah hadis dho’if
(lemah).Maka hadis dho’if tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara yang
berkaitan dengan aqidah (kerana azab kubur merupakan perkara ghaib yang wajib
diimani dan merupakan sebahagian dari pegangan aqidah umat islam).
Walaupun hadis dhoif masih lagi didalam kategori hadis yang
diterima, namun antara syarat untuk beramal dengannya adalah tidak meyakini
sepenuhnya ia datang dari Nabi SAW. Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh
meyakini 100% bahawa orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada
malam Jumaat akan dipelihara oleh azab kubur merujuk kepada taraf hadis tersebut.
Kerana
sesungguhnya apa yang membantu seseorang muslim itu didalam kubur nanti adalah
amalannya, bahkan ramai daripada kalangan Sahabat -radhiallahu ‘anhum- yang
meninggal dunia pada hari selain daripada hari Jumaat. Saidina Abu Bakar r.a
sendiri meninggal dunia pada hari selasa menurut satu riwayat akan tetapi
beliau sendiri telah dijanjikan syurga baginya.
Sebahagian
ahli ilmu pula manjadikannya sebagai tanda-tanda husnul khatimah bersandarkan
kepada hadis ini.
Maka
seadil-adil pegangan dalam perkara ini adalah sekiranya muncul tanda-tanda
seperti ini maka sebagai seorang muslim kita tidak boleh mengatakan secara
pasti bahawa si mati dijauhkan dari azab kubur, akan tetapi tidak salah untuk
merasa tenang dengan pemergiannya pada hari yang mulia ini,
Begitu
juga sebaliknya, kita tidak boleh berkeyakinan bahawa jika tidak muncul
tanda-tanda husnul khatimah (meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam
Jumaat) pada si mati, maka secara pasti dia bukan daripada kalangan orang-orang
soleh dan dikenakan azab kubur kerana perkara ini tergolong dalam
perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.
Firman
Allah SWT di dalam surah Al-Luqman ayat ke 24 :
“Sesungguhnya
hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan
mengetahui apa yang ada di dalam Rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat
mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok, dan tidak ada
seorang pun yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati.Sungguh, Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Sesungguhnya
manusia tidak mengetahui dimana dan bila dia akan mati kerana ilmu tentang
kematian milik Allah SWT secara mutlak.Oleh sebab itu,yang lebih penting bagi
seorang hamba itu adalah beramal dengan amal yang soleh serta mencari
keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang dilakukan. Wallahua’lam.
Sumber
: islamituindah
loading...
0 Response to "Kelebihan Meninggal Dunia Hari Jumaat"
Post a Comment