Kesan Makan Maggi Terhadap Kesihatan
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur
dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas
selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang
mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu
tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai
pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti
yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah
mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan
perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap
fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah
kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah
atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG
yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam
pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan
mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia
yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari
mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda,
kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk
mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan
kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan
nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali
seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung
jugaboleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan
janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya..
Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di
dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar menunjukkan
bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam
natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa
mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum
pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan
penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak
yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut
Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3
cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak
bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan
harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan
akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
Kerosakan buah pinggang disebabkan
pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?
Terdapat 10 Ramuan Melampau Dalam Mi
Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau
makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin
anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat:
Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan
kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun
berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida:
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone
(TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair
dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko
karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu
xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada
pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate:
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak
untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum,
aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol:
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan
pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik
dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan
buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya:
Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti
dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan
pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Sumber : 1malaysianews
loading...
hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^