Khasiat Madu Kelulut
Khasiat Madu Kelulut Asli – Madu Kelulut Asli adalah madu yang terbaik untuk diamalkan kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut asli setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut asli lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.
Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut asli tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.
“Pengambilan madu kelulut asli terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.
“Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut asli yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.
Madu kelulut asli juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan
kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut asli seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut asli juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut yang terdapat dalam madu kelulut asli berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
“Madu kelulut asli berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya
“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut asli berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.
Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu kelulut asli untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.
Secara ringkasnya khasiat Madu Kelulut Asli adalah seperti berikut:
- Meningkatkan daya tahan tubuh.
- Mencegah serangan strok.
- Melancarkan peredaran darah.
- Meningkatkan pengeluaran hormon.
- Memperkuat fungsi otak dan jantung.
- Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang.
- Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.
- Meningkatkan kecerdasan anak.
- Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.
- Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.
- Mencegah kanser.
- Mengurangkan resdung.
- Membantu penyembuhan luka diabetes.
- Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
- Mencegah pembentukan batu karang.
- Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
- Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
- Melancarkan pernafasan.
- Mengurangkan lelah/asma dan banyak lagi…
Sumber : islamituindah
loading...
0 Response to "Khasiat Madu Kelulut"
Post a Comment