Permasalahan Solat Duduk

Kongsikan di


Solat duduk dengan meninggalkan rukun berdiri adalah rukhsah bagi orang yang tidak mampu dengan berberapa syarat.Dan tidak semua keadaan mengharuskan seseorang solat di atas kerusi.

KEADAAN PERTAMA:Mampu berdiri,boleh duduk di lantai tetapi tidak mampu untuk sujud.
Maka hendaklah dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri,demikian juga ketika membaca surah Al Fatihah,menyempurnakan ruku' dan i'tidal,kemudian turun ke lantai dan duduk secara tatarabbu' (berlutut) atau iftirasy,dan menundukkan kepalanya ketika duduk sebagai menggantikan sujud.
Solat atas kerusi bagi keadaan ini adalah TIDAK DIBENARKAN.

KEADAAN KEDUA: Mampu berdiri,tetapi tidak mampu sujud dan tidak mampu untuk duduk di atas lantai.

Maka hendaklah dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri,demikian juga ketika membaca surah Al Fatihah,menyempurnakan ruku' dan i'tidal,kemudian duduk di atas kerusi dan menundukkan kepalanya ketika duduk sebagai menggantikan sujud.

KEADAAN KETIGA:Tidak mampu berdiri,tetapi mampu sujud dan duduk diatas lantai.
Maka dia boleh bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk tatarabbu'/iftirasy/tawarruk demikian juga ketika membaca surah Al Fatihah,kemudian ruku' dan i'tidal dalam keadaan duduk,dan sujud seperti biasa
Solat atas kerusi bagi keadaan ini adalah TIDAK DIBENARKAN

KEADAAN KEEMPAT: Tidak mampu berdiri,sujud dan duduk di atas lantai.
Maka dibolehkan baginya solat dalam keadaan duduk di atas kerusi atau sambil berbaring,dengan posisi kepala ditundukkan sedikit sahaja sebagai ganti ruku' dan tunduk lebih bawah bagi menggantikan sujud.

KEADAAN KELIMA: Mampu berdiri sekejap-sekejap,mampu duduk di lantai dan sujud.
Maka hendaklah dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri,demikian juga ketika membaca surah Al Fatihah, kemudian duduk di lantai ketika merasakan kepenatan/kepayahan kemudian menyempurnakan ruku' dan i'tidal, sambil berdiri,sekiranya tidak mampu,sambil duduk,dan sujud seperti biasa.
Solat di atas kerusi dalam keadaan ini adalah TIDAK DIBENARKAN.

KEADAAN KEENAM:Mampu berdiri sekejap-sekejap, tidak mampu duduk di lantai dan sujud.
Maka hendaklah dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri,demikian juga ketika membaca surah Al Fatihah,kemudian duduk di atas kerusi ketika merasakan kepayahan,menyempurnakan ruku' dan i'tidal sambil berdiri (atau duduk sekiranya tidak mampu),kemudian duduk di atas kerusi dan menundukkan kepalanya ketika duduk sebagai menggantikan sujud

والله أعلم


Sumber: The Patriots

loading...

0 Response to "Permasalahan Solat Duduk"

Post a Comment

Didakwah