SUFI adalah manusia yang dekat dengan Allah. Justeru banyak perkara-perkara ganjil, bercanggah dengan kebiasan, berlaku di sekitar ahli-ahli sufi, malah perkara-perkara yang tidak masuk akal dan dianggap kramah juga sering berlaku.
Saya ingin membawa anda mengikuti sebuah episod cinta yang menarik tentang seorang ahli sufi.
Sang Sufi ini pada suatu masa telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis yang sangat dicintainya. Gadis itu seorang wanita biasa yang cantik jelita.
Tidak lama kemudian, di luar dugaan sama sekali, isteri yang sangat dicintainya itu diserang penyakit cacar. Penyakit ini menyebabkan wajahnya yang cantik itu bertukar menjadi hodoh dengan parut-parut cacar menyelimuti seluruh tubuhnya.
Isterinya merasa amat bimbang, dengan perubahan yang berlaku itu, dia tidak lagi disayangi oleh suami yang dicintainya itu. Dia bimbang suaminya akan berubah hati.
Perasaan yang berkecamuk di hati isterinya itu dapat dirasa oleh Sang Sufi yang amat menyayangi isterinya itu.
Pada hari yang sama juga Sang Sufi memberitahu entah kenapa matanya tiba-tiba meeeerasa amat sakit, dan beberapa hari kemudian pula memberitahu kepada keluarga matanya telah buta. Dia tidak dapat melihat apa-apa lagi dan berkelakuan seperti orang buta.
Beberapa tahun kemudian isterinya meninggal dunia. Pada hari yang sama, Sang Sufi memberitahu matanya tiba-tiba telah sembuh dan dia telah dapat melihat semula seperti biasa.
Orang-orang yang mendengar kata-katanya itu, iaitu keluarga dan kawan-kawannya merasa ajaib, bagaimana perkara itu boleh berlaku sebegitu rupa?
Kata mereka bagaimana perkara tersebut boleh berlaku secara kebetulan sebegitu rupa, iaitu pada hari isterinya jatuh sakit, tiba-tiba dia menjadi buta, dan pada hari isterinya meninggal pula matanya tiba-tiba menjadi sembuh dan boleh melihat kembali seperti biasa?
Kepada pertanyaan tersebut Sang Sufi dengan tenang menjawab. Dia sebenarnya tidak buta langsung, tapi pura-pura sahaja buta, dengan tujuan untuk mengelak isteri yang disayanginya itu berfikir bahawa dia bukan lagi isteri yang cantik di mata suaminya, dan tidak lagi meyayanginya seperti sebelum itu.
Adakah mana-mana lelaki khususnya para suami hari ini yang sanggup berkorban sejauh itu runtuk memelihara hati isterinya yang dicintai?
Rahmat besarlah andainya ada para isteri yang memiliki suami yang begitu prihatin terhadap sentuhan perasaan dan hati mereka.
Sumber : pondokrahmat
loading...
hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^