Sayyidina Umar Al-Khattab mempunyai tugas di syiria untuk menjalankan urusan kerajaan pemerintahannya. Sayyidina Umar Al-Khattab pergi bersama dengan pembantunya dengan menaiki kuda. Dalam perjalanan Sayyidina Umar Al-Khattab ke Syiria bersama pembantunya dipadang pasir, tiba-tiba kopiah Sayyidina Umar Al-Khattab terjatuh.

Sayyidina Umar Al-Khattab memberhentikan pergerakan kudanya dan turun dari kudanya serta berjalan jauh untuk mengambil kembali kopiahnya yang bergerak semakin jauh akibat tiupan angin. Pembantu Sayyidina Umar Al-Khattab menunggu usaha Sayyidina Umar Al-Khattab tersebut yang berjalan untuk mengambil kembali kopiahnya.
Setelah berjaya Sayyidina Umar Al-Khattab mengambil kembali kopiahnya, Sayyidina Umar Al-Khattab segera berjalan menuju kembali ke hentian kudanya bersama pembantunya. Setibanya Sayyidina Umar Al-Khattab, pembantunya yang sedari tadi kehairanan bertanya kepada Sayyidina Umar Al-Khattab, kenapakah Sayyidina Umar Al-Khattab turun dari kudanya dan berjalan kaki untuk mengambil kembali kopiahnya yang jatuh.
Pembantu yang mengikuti tugas Sayyidina Umar Al-Khattab ke Syiria itu bertanya lagi kenapakah Sayyidina Umar Al-Khattab tidak menaiki kudanya sahaja?
Sayyidina Umar Al-Khattab menegaskan dengan jawapan ;
Kerajaan telah menyediakan kuda ini untuk urusanku disana, bukan untuk urusanku mengambil kopiahku yang terjatuh disini.
Pembantu Sayyidina Umar Al-Khattab bertanya lagi ;
kalau begitu, kenapakah Sayyidina Umar tidak menyuruh sahaja aku yang berjalan untuk mengambilnya dan Sayyidina Umar tunggu sahaja disini? Bukankah aku sebagai pembantu kamu Sayyidina Umar dan kamu adalah khalifah yang juga menjadi ketuaku?
Sekali lagi Sayyidina Umar Al-Khattab memberikan jawapannya yang tegas bahawa kerajaan telah membayar gajinya untuk urusan membantu Sayyidina Umar Al-Khattab dalam urusan disana dan bukan untuk mengambil kopiah Sayyidina Umar Al-Khattab yang terjatuh dijalanan ini.
Begitulah telitinya Sayyidina Umar Al-Khattab dalam menjaga harta rakyat yang telah diamanahkan kepadanya sebagai Khalifah yakni ketua negara dalam menjalankan sesuatu urusan.
Ditulis kembali oleh omar abdul aziz pengajaran dari video ceramah Kisah Sayyidina Umar Al-Khattab Dan Kopiah – Ustaz Fawwaz Md Jan

loading...
Related Posts :
MERAIH BERKAT DENGAN SEDEQAH Apa yang kita pakai akan hancur. Apa yang kita makan akan jadi najis. Apa yang kita sedekah aka… Read More...
KAWAN, JANGAN LEPASKAN TANGAN INI Cintakan bunga, akan layu… cintakan manusia, akan mati… cintakan ALLAH, kekal abadi… itulah … Read More...
CARA CARA UNTUK REDHAbagaimana untuk redha? [ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kam… Read More...
KALAU ALLAH TAK MAKBULKAN APA YANG KITA DOAKAN, PASTI ADA SESUATU DI SEBALIKNYA Awan mendung mula memenuhi langit bumi Syam dua minggu ini, menandakan fasa klimaks Shita (musim … Read More...
BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMAAFKAN DENGAN SEIKHLAS HATI? Memaafkan orang dengan iklas bukan senang | I’ll be fine by BlackJack0919 Bukan senang nak ma… Read More...
ayo segera bergabung dengan kami
ReplyDeletedi fanspoker^^com || karna difans anda bisa mendapatkan keuntungan lebih besar
ayo tunggu apa lagi segera di add pin bb kami 55F97BD0 || saya tunggu di add nya ya...