LADA;ANTARA BAIK DAN BURUK

Kongsikan di


LADA adalah sejenis tumbuhan yang buahnya rasa pedas. Ia merupakan sebahagian daripada begitu banyak buah-buah tanman yang boleh dimakan.


Lada ada mempunyai berbagai-bagai bentuk rupa dan juga warna. Ada berbentuk bulat, panjang, berwarna hijau, biru muda dan merah.

 Ia dicampur dalam masakan sebagai penyedap rasa. Dibuat sos atau sambal untuk dijadikan penyicah atau sambal lada untuk menambah selera makan.


Lada telah dijeniskan sebagai sebahagian daripada herba yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang tertentu.


Tahap kepedasan  antara lada-lada adalah berbeza, walaupun dari jenis lada yang sama. Walau bagaimanapun lada yang terkenal pedas ialah adalah jenis kecil, yang dikenali sebagai lada tahi burung, lada cengek, lada api atau cili padi. Walaupun kecil, tapi lada ini mempunyai harga yang tinggi kerana nilai kepedasan yang membuka selera untuk makan.


Di kalangan orang-orang kampung, lada merah pula digunakan untuk mencegah daripada bahaya makanan-makanan yang terdedh pada pencemaran atau kekotoran.


Caranya sangat mudah iaitu dengan jalan menabur serbuk lada di atas makanan yang kotor itu. Insyallah dengan berbuat demikian, mereka yang terpakasa memakan makanan yang kotor iu akan terselamat dari jangkitan kuman.


Lada atau cili juga digunakan oleh orang-orang tua kita untuk mengubati demam, muntah-muntah, penyakit taun dengan jalan memakannya.


Dalam hal ini saya terkenang sebuah kisah yang berlaku di kampung, di mana seorang wanita yang merasa amat marah terhada seorang wanita lain yang meluahkan kata-kata yang amat menyinggung perasaannya. Pada suatu kesempatan wanita yang marah itu telah meramas lada padi dalam tangannya dan menggenyeh atau menggosok dengan kasar mulut wanita yang mencetuskan kemarahannyan itu.


Bahaya Lada


Tapi awas lada juga jika dimakan secara berlebihan boleh menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik, khususnya pada fizikal.


Orang-orang tua kita percaya makan lada secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit buasir.
.

Malah pengidap penyakit busir harus berpantang daripada makan makanan berlada atau pedas kerna boleh menyebabkan mereka merasa kesakitan ketika membuang air besar.


Mereka juga percaya lada boleh menyebabkan penyakit mulut, iaitu pecah-pecah lidah, dan pipi di sebelah dalam dan sakit dalam tengkok [ulser].


Mereka percaya lada boleh merangsangkan penyakit resdung atau seduan. Antara gejala-gejalanya sakit kepala, hidung tersumbat, berbau busuk dan gatal-gatal pada mata dan hidung.


Lada boleh merosakkan suara.


Keadaan akan menjadi lebih mengancam kiranya sambal lada dikenakan dengan belacan untu lebih nenberangsangkan selera.


Adalah juga dipercayai makan lada yang berlebihan kepada kanak-kanak yang masih kecil boleh membantuk pertumbuhan fizikal mereka.


Makan Lada


Ada beberapa cara cili digunakan untuk kenikmatan selera makan manusia. Antara caranya memasukka cili dalam masakan, seperti masakan sayur dan gulai, memakan bersama dengan sup dengan menabur lada yang telah dipotong halus  ke dalam kuah sup, makan dengan budu atau kicap, buat sambal lada, buat sos dan sebagainya.


Sebanyak mana lada itu perlu digunakan tidaklah dapat dipastikan, kerana tergantung kepada kekuatan pedas lada, dan ketahanan seseorang terhadap kepedasan lada.


Walau bagaimanapun bersederahanan dalam penggunaan lada amatlah baik, seperti juga bersederahanan menggunakan bahan-bahan yang lain. Biasanya penyakit-penyakit kronis itu berpunca daripada tindakan melampau orang-orang yang berkenaan, dari segi makan minum, perbuatan dan sebagainya.


Saya akhiri tulisan ini dengan kiasan, “Siapa makan lada, dialah yang merasa pedas”, yang membawa maksud “Siapa berbuat salah dialah yang akan merasa tersindir”.




Sumber : pondokrahmat
loading...

0 Response to "LADA;ANTARA BAIK DAN BURUK"

Post a Comment

Didakwah