SECARA fitrahnya Allah SWT jadikan makhluk manusia menganan, atau menggunakan anggota badan yang kanan, khususnya tangan.
Justeru boleh kita katakan majoriti umat manusia adalah menganan.
Namun begitu ada juga sebilangan dari mereka yang mengiri, atau menggunakan anggota badan sebelah kiri, khususnya tangan kiri.
Kenapa Mengiri?
Menurut kkajian ada dua sebab kenapa manusia mengiri. Pertama kerana faktor kebiasaan. Katakanlah seorang kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa, dari sejak kecil lagi menggunakan tangan kiri untuk makan dan berbuat sesuatu. Tapi ibu bapa atau keluarganya tidak pun melarangnya, malah membiarkan dia terus menggunakan tangan kiri ketika makan dan minum. Akhirnya mengiri itu menjadi kebiasan yang diwarisi hingga ke usia tuanya tanpa usaha untuk mengubah atau menganankannya.
Satu faktor lagi ialah kerana semula jadi, iaitu dia mengiri sejak dilahirkan ke dunia lagi.
Pengiri semula jadi ini bukan sahaja mengiri pada tangannya, tapi mengiri pada semua anggota-anggota badan lain, seperti kaki.
Kalau tangan kanan ditentukan untuk menjalanakn kerja-kerja penting dan mulia, tapi sebaliknya tangan kiri pula ditentukan untuk menjalankan kerja-kerja bertaraf rendah,seperti untuk membasuh berak.
Akibat Mengiri
Oleh itu jika pengiri makan bersama-sama dengan orang-orang lain boleh menimbulkan rasa jijik orang yang makan bersamanya itu.
Andainya pengiri memberi sesuatu kepada orang, terutama di majlis-majlis awam boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada si penerima dan boleh menimbulkan salah sangka pada hadirin.
Jika pengiri menerima sesuatu dari orang lain, terutama di majlis awam boleh mencetuskan rasa tersinggung kepada si penerima dan rasa tidak tenteram di kalangan hadirin, malah mungkin menyangka dianya tidak beradab.
Itulah sebabnya orang-orang yang menganan yang makan di majlis-majlis bersama-sama dengan orang lain enggan menggunakan tangan kirinya untuk minum air dan sebagainya, sehinggalah dia membasuh tangan kanannya itu untuk membolehkan dia memegang gelas minuman secara beradab dengan tangan kanan seperti kebiasaannya.
Perlambangan
Kalau kanan dijadikan perlambangan baik dan mulia, tapi kiri pula dilambangkan sebaliknya, iaitu kurang baik, sial, malang dan sebaginya, seperti:
-Langkah kiri menunjukkan sesuatu tindakan yang boleh membawa keburukan.
-Parti Kiri bermaksud parti yang condong kepada fahaman sosialis atau komunis.
-Letak sebelah diri dulu, bermaksud sesuatu yang tidak penting, kesampingkan dulu, ataupun singkirkan.
Kebiasaan Syaitan
Mengiri adalah kebiasaan yang sesuai dengan syaitan yang makan dengan tangan kiri. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Barang siapa makan dengan tangan kirinya, niscaya syaitan akan ikut makan bersamanya”.HR:Imam Ahmad.
Justeru Rasulullah SAW melarang makan dengan tangan kiri. Sabda Baginda bermaksud:
“Janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan dengan tangan kiri”. HR:Muslim.
Berusaha Menganan
Oleh itu mereka yang mengiri hendaklah berusaha membaiki dirinya, iaitu menganankan dirinya. Mereka hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya. Biasanya latihan-latihan yang tidak mengenal lelah akan membuahkan hasil juga pada akhirnya.
Tapi andainya segala usaha tersebut tidak membuahkan hasil, tidaklah menjadi kesalahan kepadanya untuk mengiri yang semula jadi itu. Allah SWT tidak mengtaklifkan seseorang dengan sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukannya.
Sebagai kesimpulan dari kegagalan mereka mengiri untuk menganan, saya petik pendapat Allahyarham Yusoff Zaky Yacob sebagai kesimpulannya. Kata beliau, “Walau bagaimanapun pengiri semula jadi tidak harus menganggap dirinya manusia cacat dalam pandangan hukum syara’, apa yang dituntut dari mereka ialah berlatih dan cuba membiasakan diri menggunakan tangan kanan dalam kegiatan-kegiatan makan, mengambil dan memberi yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Demi menghormati adab dan menjunjung perintah dan adabcara majoriti, dan andainya ia tidak berjaya maka tuntutan itu dengan sendirinya gugur”.
Firman Allah, maksudnya “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".- al-Baqarah [2]:286.
Sumber : pondokrahmat
loading...
mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
ReplyDeletedeposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di F*A*N*S*P*O*K*E*R