Soalan: Apakah hukum seorang suami meninggalkan isteri tanpa memberi nafqah dan apakah status perkahwinan itu bercerai atau tidak?
Jawapan
Dalam menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
(Surah al-Nisa’: 19)
Dalil Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Hal ini berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Al-Quran
Firman Allah SWT:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: Kaum
lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap
kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki
(dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga
kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah)
sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’, 4:34)
Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafaqah.
Begitu juga firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ
حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ
وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah, 2:233)
Al-SunnahDaripada Jabir RA, katanya:
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ
فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ
فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ
فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ. فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ
ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ
وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ
تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللَّهِ
Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah dalam
mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah
Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak
kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak
membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka
melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan.
Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya
kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu
tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu
kitab Allah.”
Riwayat Muslim (1218)
Hikmah Wajib Nafaqah Suami kepada Isteri
Kami nyatakan di sini juga hikmah di sebalik kewajipan nafkah:
Kehidupan berumahtangga mesti dibina atas satu daripada tiga asas yang berikut:
- Suami bertanggungjawab mengetuai rumahtangga dan memberi nafaqah kepada isteri dan anak-anak.
- Isteri mengambil alih semua tanggungjawab tersebut menggantikan tanggungjawab duit.
- Suami isteri bekerjasama melaksanakan tanggungjawab mencari harta dan memberi nafaqah.
Persoalannya, apakah yang akan berlaku
jika ditinggalkan asas pertama yang merupakan hukum syariat Islam, lalu
mengambil asas yang kedua dan ketiga?
Beberapa perkara akan berlaku kesan daripada tindakan tersebut, iaitu:
1. Ia melibatkan masalah mas kahwin,
iaitu sama ada perempuan bertanggungjawab memberi mas kahwin semuanya
kepada lelaki atau mereka bersama-sama bertanggungjawab menyediakan mas
kahwin.
Kesan yang pasti berlaku hasil daripada
keadaan ini ialah perempuan akan keluar mencari pasangan lelaki untuk
dijadikan suami, sedangkan Allah telah memuliakan mereka dengan
menjadikan lelaki mencari perempuan untuk dijadikan isteri.
Hal ini kerana orang yang memberi mas
kahwin itulah yang sepatutnya mencari penerimanya. Sekiranya keadaan ini
berlaku, perempuan akan berhadapan dengan pelbagai masalah penipuan dan
pembohongan golongan lelaki demi mendapatkan suami yang boleh
diharapkan dan mampu memberikan perlindungan.
2. Perempuan terpaksa melibatkan diri
untuk bekerja dan mencari rezeki. Akibatnya, mereka terpaksa bersaing
dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Jika ini berlaku, golongan perempuan
pasti terdedah kepada perkara yang negatif serta penyelewengan. Keadaan
yang berlaku hari ini adalah bukti paling jelas terhadap kenyataan itu.
Kesannya, rumahtangga yang memerlukan
seseorang untuk mengurus dan menjaga hal ehwalnya serta mendidik
anak-anak tidak dapat dipenuhi. Malah, rumahtangga menjadi tidak
terurus. Rumahtangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan,
pencetus kedamaian, tempat berehat dan berkumpul, kini bertukar menjadi
punca masalah dan kacau bilau.
3. Jika rumahtangga dibina atas satu
daripada dua rukun yang telah dinyatakan, sudah pasti hak berada di
tangan isteri sama ada secara bersama atau bersendirian. Undang-undang
ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka
dialah yang berkuasa. Dalam perbincangan tajuk telah dinyatakan bahawa
terdapat hikmah yang amat besar apabila hak berada di tangan suami.
Berkenaan dengan status perceraian ia
tidak berlaku kecuali terdapat ta’liq yang jelas ketika akad nikah dan
pengaduan dibuat di pejabat atau mahkamah. Kami syorkan dalam isu
seperti ini hendaklah rujuk kepada mahkamah syariah. Semoga Allah
kurniakan rumah tangga kita semua menjadi baiti jannati. Amiin.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
loading...
KHUSUS YANG SUKA BERMAIN GAME ONLINE
ReplyDeleteBURUAN INVITE PIN BBM : AREATOTO
HIDUPMU AKAN LEBIH BAHAGIA SETELAH BERGABUNG DI DEWALOTTO
ReplyDeleteBURUAN DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA !