"Ayah Saya Hidap Kencing Manis Menyebabkan Saya Jaga Pemakanan Keluarga Saya"

Kongsikan di


Most of my beloved family meninggal sebab penyakit (serta ajal dan takdir Allah). Cuma sedikit perkongsian saya nak kongsi dengan kawan fb yang masih muda, masih bujang dan yang baru kawen ada anak kecik2. Semoga memberi manfaat.

Arwah abah saya dulu mengidap kencing manis. Sebab dari muda memang suka minum teh tarik hampir setiap hari, serta air tin. Umur saya baru 3 tahun abah dah ada kencing manis. Alahai, saya kecik lagi masa tu. Dan bapak serta ibunya (tok wan dan tok) juga menghidap kencing manis. Doctor kata, keturunan kencing manis ni macam saka, dia akan perturunan kat anak2 dia. Seram jugak kan.

Ayah saya terpaksa ambik insulin injection setiap hari sama jugak dengan tok wan. Dan saya jugak la yang duk cucuk depa setiap malam sampai habis umur depa saya dapat jaga depa. Ayah saya meninggal muda umur 46 tahun ada kencing manis, buah pinggang dan jantung tapi kurus saja orangnya. 

Tok wan pulak potong jari kaki dari yang pertama sampai jari yang kelima. Lepas tu potong pulak sampai betis, last skali di akhir hayat dia sempat potong atas paha. Bab cuci2 luka bau nanah, darah ni dan berulat tu memang dah biasa kerja anak2 cucu. Alhamdulillah, kami jaga sampai akhir hayat dia.

Mak cik saya baru saja meninggal seminggu yang lalu. She’s a cancer fighter. Tak sempat doctor nak diagnos cancer apa sudah meninggal. Sakit seminggu saja. Usia dia masih muda belum masuk 50 tahun.

Tok dan tokwan sebelah emak pun sama, ada kencing manis dan darah tinggi. Dan juga telah arwah. Saya ada seorang mak yang very health conscious. Mak sangat jaga pemakanan kami. seingat saya sepanjang 26 tahun saya hidup dia tak pernah hidang air waktu makan. 

Tak pernah ada air kosong atas meja, apatah lagi nak mimpi minum air ribena ataupun ais batu. Mak saya kata tak elok minum air masa makan. Sunnah nabi jugak tak minum waktu makan. Masa saya kecik2 kalau dia memasak mesti masak yang kurang kolestrol contohnya asam pedas dengan singgang. 

Gulai/kari payah la nak jumpa melainkan kalau tetamu nak mai ja. Rupanya mak saya ni jadi very health conscious dari muda sampai sekarang mungkin kerana hidup dengan keluarga yang berpenyakit terutama kencing manis. Suami dan ayah dia ada kencing manis.

Masa kecik2 jarang bawa makan kat luaq ataupun beli KFC. Rajin buat makanan untuk anak2. Kalau ajak makan kt luaq akan keluaq bunyi mcm ni “depa masak buh ajinamoto”. Mak saya memang tak suka dengan pak aji tu. Dulu saya ingatkan mak saya ni jenis kaya tapi kedekut, bila dah besaq baru faham.

Sedikit sebanyak cara dia besarkan saya memang berjangkit perangai tu kat saya. Terus terang saya tak pandai minum air ais dan minuman bergula. Kalau masak pun memang yang tak menarik di pandang tapi sedap la kot untuk mulut suami, sebab saya pun nak jaga kesihatan suami saya sebabnya ayah dia pun ada kencing manis.
Memang tak lari ke mana la kalau dah ada keturunan kencing manis ni. 3 tahun kawen sekali pun saya tak pernah bancuh air untuk suami, setiap kali saya hanya isi air kosong dalam botol pergi kerja, balik kerja, sebelum tido mesti ada air botol tepi kepala dia. 

Sampaikan last2 suami pun tak pandai nak minum air manis, pergi kedai tak pernah order air, kami hanya makan saja, setengah jam lepas dah masuk kereta baru dia mintak air kosong. Memang saya dah get ready setiap kali keluar wajib bw air macam kita bawa hp. Sama jugak dengan anak kecik saya, dia tak pandai nak mintak air, tapi setiap sejam saya akan sua straw kat mulut dia, terus dia sedut laju2 rupanya dahaga. Siannn tak pandai nak habaq. Hihihi….

Sekali sekala keluar jalan2 saya makan jugak ais kacang, ice cream, cake dan sebagainya. Bukan maksudnya saya tak sentuh langsung. Cuma saya dah tak minum minuman bergula bila amik makanan bergula. Sebenarnya, kita mampu kurangkan minuman bergula cuma awal2 tu mesti rasa gian sangat nak minum, cepat2 telan air suam banyak2, bila dah hilang dahaga kita dah tak rasa nak minum lagi.

Suami pernah cerita dulu sebelum kawen setiap malam lepas main futsal mesti dia beli air kotak saiz besar tak kisah la perasa apa pun asalkan sejuk dan sedap masuk tekak. Selalu sangat buat amalan tu lama2 dia jadi ketagih. Ingat dadah je buat orang gian? Gula pun buat orang gian jugak cuma kita je tak sedar. 

Kalau tak caya cuba test diri, boleh tak kalau tak minum air bergula sehari? Ok, akhirnya suami saya kencing kotor, terjaga tengah malam dahaga sangat2, lepas tu nak kencing tak tahan tapi kencing sikit je. Rupanya lepas check gula dalam darah tinggi. Terus buang tabiat tu.

Gula juga merupakan makanan kepada sel kanser. Sel akan lebih cepat merebak kalau consume gula yang tinggi dalam pemakanan. Keturunan saya jugak mengidap kanser. Arwah tok wan saya mengidap kanser usus lalu mak cik saya iaitunya anaknya mengidap kanser jugak. 

Doctor kata kanser ni pun sejenis penyakit yang boleh pass kat keturunan. Saya pun kena berhati-hati. Gula pun boleh naikkan berat badan, yang nak kurus tu jangan count calories je, count sama butir gula tu banyak mana dah telan….. Kikikiki

Ais batu pun tak elok di minum sejurus selepas makan nasi. Cuba amik nasi sepinggan taruk gulai santan lemak manis ataupun sup daging, taruk sayuq masak lemak pucuk paku dan daging goreng. Dah penuh pinggang tu, tuang teh o ais segelas. Cuba tengok apa jadi kat nasi tadi. 

Berketul je minyak2 tu naik boleh tersumbat saluran jantung. Macam tu la ibarat makanan dalam perut kita dicurah dengan air ais. Masuk umur 40-an saluran jantung dah tersumbat. Seeloknya minum air suam baru elok penghadaman kita.

Pesanan saya, ibu2 serta isteri boleh didik keluarga cara pemakanan yang betul. Anak yang kecik lagi senang nak di didik sebab belum terdedah dengan unsur2 pemakanan tak sihat. Mesti kita nak suami sihat dan hidup lama, tapi maut dan ajal di tangan Allah itu memang pasti. Tapi bila kita berusaha ke arah yang baik, Allah pasti takkan mensia-siakan usaha hambaNya. InsyaAllah.

Cerita saya di atas bukan untuk membuka aib keluarga ataupun saudara yang telah meninggal, mempunyai saudara yang di uji dengan kesakitan bukanlah sesuatu yang mengaibkan. Di sini saya cuma nak berkongsi pengalaman hidup dengan ibu2 muda yang baru berkahwin yang ada angan2 nak suami dan anak2 yang sihat. Saya sendiri terdidik oleh cara pemakanan ibu saya. Jadi, jom sama2 bentuk keluarga sihat dari kencing manis.

Al-fatihah untuk arwah abah, tok, tokwan serta mak cik.
loading...

1 Response to ""Ayah Saya Hidap Kencing Manis Menyebabkan Saya Jaga Pemakanan Keluarga Saya""


  1. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat ayo gabung di fanspoker
    ditunggu apa lagi mari segera bergabung dengan kami ya ^^

    ReplyDelete

Didakwah