[Info Kesihatan] Kenali Jenis Migrain Dan Cara Atasinya

Kongsikan di


Pernah tak anda menghadapi situasi dimana sedang elok ada sedang menyiapkan tugasan harian dan secara tiba-tiba sakit kepala datang menyerang tidak tahu punca dari mana. Mencucuk-cucuk rasa sakit itu, memang tidak selesa dan padahnya memang satu hari dipejabat hanya sia-sia.

Migrain merupakan sakit kepala yang sering dihadapi oleh orang dewasa yang biasanya pada peringkat awal umur 20 hingga 40 tahun. Sakitnya disebabkan oleh sensiviti pada cahaya, bunyi, lenguh pada otot bahu atau kaki dan pesakit terpaksa menahan rasa sakit berjam lamanya.

Rupanya terdapat 7 jenis migrain yang diklasifikasikan didalam 3 sistem oleh International Headache Society. Wanista ringkaskannya untuk anda lebih memahami:

Major Migrain

Migrain tanpa Aura – Sakit kepala biasa yang dialami pada sebelah wajah dengan simptom loya, penglihatan kabur, mood berubah-rubah, pitam dan sensitif pada cahaya serta bau. Sakit biasanya selama 4-72 jam dan ianya akan berulang beberapa kali selama setahun atau beberapa kali pada setiap minggu.

Migrain Aura – Terdapat simptom dapat dirasai 60-10 minit sebelum penglihatan anda menjadi kabur dan sakit kepala mula dirasai. Migrain aura biasanya sakit yang tidak berpanjangan dan ianya boleh berlaku tanpa sakit kepala. Anda boleh mengalami sakit otot, sendi, lenguh dibahagian muka dan mengalami kekeliruan.

Lain-lain Migrain

Migrain tanpa sakit kepala – sama seperti migrain aura, cuma ada pakar mengatakan demam, pening atau sakit badan juga salah satu migrain yang tidak tertumpu pada kepala.

Migrain Aura pada otak – biasanya menyerang pada kanak-kanak dan remaja, simptom Migrain Aura dari pergerakan motor otak yang lemah. Remaja perempuan selalu mengalaminya pada waktu haid. Antara simptom Migrain Aura pada otak ialah pergerakan otot lemah, pening, penglihatan kabur atau berganda, hilang imbangan badan, sakit telinga dan tidak berupaya bercakap. Sakit ini boleh datang secara tiba-tiba dan boleh dirasai pada kedua-dua belah dan belakang kepala.

Migrain Hemiplegia – ia jarang berlaku namun boleh menyebabkan kelumpuhan sementara separuh badan selama beberapa hari atau ketika sakit kepala. Antara simptom yang dapat dirasai ialah hilang imbangan badan, masalah untuk bercakap, mendengar atau menelan.

Migrain Retina – Sakit kepala bersama masalah penghilatan atau gangguan pada sebelah mata.

Migrain Kronik – Berlaku selama 15 hari sebulan atau sepanjang 3 bulan dimana anda akan sakit kepala selama 8 hari setiap bulan. Jika ini berlaku, anda dinasihatkan untuk menjalani rawatan perubatan dan mengurangkan aktiviti harian.

Cara Atasi Sakit Migrain

Gaya hidup sihat penghalang segala penyakit, anda boleh cuba tips dibawah untuk menghilangkan migrain secara berkala:

1) Dapatkan rehat dan tidur yang cukup

2) Elakkan diri dari tekanan, dapatkan kaunseling sekiranya terlalu beban dengan masalah

3) Banyakkan minum air putih

4) Kurangkan makan makanan segera dan beralih kepada pola makanan yang sihat.

5) Lakukan senaman ringan

6) Minum air lemon untuk dapatkan kelegaan segera.

Rujukan 1 & 2
loading...

0 Response to "[Info Kesihatan] Kenali Jenis Migrain Dan Cara Atasinya"

Post a Comment

Didakwah