Kajian : Makan Segenggam Kacang Sehari Untuk Elak Kanser

Kongsikan di


Tahukah anda bahawa tabiat mengamalkan pengambilan segenggam kekacang dalam menu diet harian berupaya mengurangkan sehingga 15 peratus peluang seseorang itu menghidap kanser.

Selain itu, pengambilan hanya 20 gram sehari kekacang seperti walnut, badam, hazel, gajus dan pistasio juga sangat bagus kerana boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit koronari jantung dan strok sehingga 30 peratus.

Hal ini apabila, kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Imperial College London, England dalam analisisnya mendapati, kekacang mengandungi kandungan fiber, magnesium dan lemak tidak tepu yang tinggi dan bagus untuk tubuh badan.

“Walaupun kekacang mengandungi lemak yang agak tinggi, namun ia turut kaya dengan sumber fiber dan protein untuk mencegah seseorang daripada mendapat risiko obesiti,” ujar Dr. Dagfinn Aune yang merupakan ketua bagi penyelidikan tersebut.

Katanya lagi, kekacang seperti walnut dan kacang pekan mengandungi antioksida yang tinggi dan boleh mengurangkan kadar tekanan yang dialami oleh seseorang.

SUMBER
loading...

1 Response to "Kajian : Makan Segenggam Kacang Sehari Untuk Elak Kanser"


  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di F*A*N*S*P*O*K*E*R

    ReplyDelete

Didakwah