Nabi Haramkan Cabut Bulu di Muka untuk Cantik

Kongsikan di


KAUM wanita amat mengambil  berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan  wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara  cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga  kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau  bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks  syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung  perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq  pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada  Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di  dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah  kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan  oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw  bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka  (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya  (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.  

Perbuatan itu telah mengubah  ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan  Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami,  boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan   bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur  bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang  cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.  

Ibn al-Athir berpendapat ia  bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka  dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud  wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula  berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya  dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas  menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut  bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha  berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah  diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk  dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis  kedua.

Namun demikian, bagi wanita  yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik,  bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak  dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya , berhias untuk suami adalah  diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya  sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan  sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti  jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami  atau tidak.

Dalam keghairahan wanita  mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai  terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan  bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Sumber: http://mr-tazkirah.blogspot.my
loading...

0 Response to "Nabi Haramkan Cabut Bulu di Muka untuk Cantik"

Post a Comment

Didakwah