Info Berguna! Ini 10 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Tekanan

Kongsikan di

Image result for Info Berguna! Ini 10 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Tekanan


Terdapat banyak buku membantu diri menangani tekanan dan CD yang terdapat di pasaran khusus untuk membantu menangani tekanan. Banyak iklan di TV, internet, mendengar muzik atau seorang penceramah yang berjanji untuk membantu anda menghilangkan tekanan.
Jadi bagaimana sebenarnya tekanan boleh dikurangkan? Baiklah, untuk permulaan, cuba lihat senarai makanan yang mengurangkan tekanan ini dan cuba makan.
1. Susu
Dapatkan lebih vitamin B, protein, vitamin D dan kalsium untuk melegakan ketegangan otot. Pilih susu jenis rendah lemak dan minumlah segelas susu panas  sebelum tidur yang baik untuk mencegah insomnia kerana kandungan B2, B12 dan antioksidannya. Kandungan protein laktiumnya pula dapat merendahkan tekanan darah manakala kalium dalam susu boleh membantu melegakan kekejangan otot dicetuskan oleh rasa tegang
2. Kekacang
Tekanan akan membuatkan anda mudah jatuh sakit. Kacang badam dipenuhi dengan B dan E vitamin, yang juga membantu meningkatkan sistem imun anda, dan walnut dan pistachios membantu tekanan darah yang lebih rendah.
3. Ikan Salmon
Diet yang tinggi dalam Omega-3 asid lemak mampu melindungi daripada penyakit jantung. Satu kajian dari Diabetes & Metabolisme mendapati bahawa omega-3 mengekalkan tekanan hormon kortisol dan adrenalin dari memuncak.
4. Buah Oren
Kajian di Jerman dalam Psychopharmacology mendapati bahawa vitamin C membantu mengurangkan tekanan dan mengembalikan tekanan darah dan kortisol ke paras normal selepas berada  keadaan tertekan. Vitamin C juga terkenal dapat meningkatkan sistem imunisasi anda.
5. Avokado
Lemak tak tepu dan kalium dalam avokado membantu merendahkan tekanan darah. Menurut satu kajian, salah satu cara terbaik untuk menurunkan tekanan darah ialah untuk mengambil cukup kalium (avokado mempunyai lebih daripada pisang).
6. Beri biru
Apabila kita berasa tertekan, badan kita memerlukan Vitamin C dan antioksidan untuk memperbaiki dan melindungi sel. Dua bahan tersebut terkandung dalam buah beri biru.
7. Bayam
Bayam boleh memberi kesan menenangkan jika dimakan. Bayam penuh dengan khasiat seperti magnesium, mineral yang membantu mengawal tahap kortisol dan menggalakkan perasaan tenang.
8. Oatmeal
Karbohidrat kompleks daripada sajian oatmeal akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan serotonin, bahan kimia yang memangkin mood baik. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang makan oat untuk sarapan pagi lebih fokus sepanjang hari.
9. Teh hijau
Selain ia tidak mengandungi kafein, teh hijau juga mempunyai asid amino yang dipanggil theanine. Penyelidik di University of Illinois mengatakan bahawa di samping melindungi daripada beberapa jenis kanser, minuman yang boleh menguruskan badan ini adalah juga adalah penjana otak di mana ia mampu meningkatkan prestasi mental.
10. Coklat
Selain kandungan antioksidan yang tinggi dan reputasi yang baik sebagai makanan yang sihat untuk jantung, makanan ini juga dikatakan makanan yang berkait rapat dengan mood. Satu kajian dari University of California, San Diego melaporkan bahawa kedua-dua wanita dan lelaki makan lebih banyak coklat apabila tanda-tanda kemurungan meningkat. Coklat gelap, khususnya, diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan menambah rasa tenang. Ia mengandungi lebih polifenol dan flavonols – dua jenis antioksidan – lebih penting daripada beberapa jus buah-buahan.
Sumber : wanista.com
loading...

0 Response to "Info Berguna! Ini 10 Makanan Yang Boleh Mengurangkan Tekanan"

Post a Comment

Didakwah