Tumit Kaki Merekah/Pecah? Cuba 5 Cara Ini!

Kongsikan di

Related image


Tumit kaki merekah amat tak cantik dipandang apatah lagi kalau pemilik kaki itu adalah wanita. Berjalan di atas simen sejuk, atau menggerutu akan membuatkan ia bertambah teruk dan biasanya kebanyakkan wanita mengalami masalah yang sama.
Jadi kami kongsikan lima cara mudah untuk menyembuhkan tumit kaki pecah atau merekah.
Foto – Pinterest
Rawatan kaki di rumah
Rawatan pedicure di rumah taklah sama seperti di salun kecantikan. Caranya mudah iaitu anda hanya perlu rendamkan kaki anda di dalam air suam yang bercampur garam dan syampu untuk 10 minit. Kemudian lapkan sehingga kering dan sapukan krim kaki.
Krim rawatan rekahan
Di kedai banyak terdapat krim antiseptik untuk tumit kaki merekah. Sapukan krim itu sebelum anda tidur. Jika mahu ke tandas, pakai selipar tandas supaya krim tidak tertanggal atau hilang.
Minyak zaitun
Jika anda tidak berminat menggunakan krim tumit, minyak zaitun merupakan salah satu alternatif lain yang boleh anda cuba. Sapukan sedikit minyak zaitun pada tumit kaki dan pakai stokin. Jadi kulit akan lebih mudah meresap vitamin yang ada dalam minyak zaitun.
Pisang
Tahukah anda, anda boleh gunakan pisang yang masak untuk merawat tumit kaki? Hancurkan pisang tersebut dan letakkan pada tumit anda yang merekah selama 15 hingga 20 minit. Selain boleh merawat tumit merekah, ia juga boleh melembap dan menyejukkan tumit anda. Bersihkan sebelum anda tidur.
Air ros dan glycerin
Campurkan air ros dan glycerin dalam mangkuk. Sapukan pada tumit anda setiap hari selama 15 hingga 20 minit dan bersihkan dengan air. Selepas sebulan, insyaAllah anda pasti akan lihat hasilnya.
Jadi, jika anda alami masalah seperti ini, cuba aplikasikan 5 cara yang kami kongsikan. Jangan lupa kongsi jika ianya berkesan!
Selamat Mencuba!
Sumber : wanista.com
loading...

1 Response to "Tumit Kaki Merekah/Pecah? Cuba 5 Cara Ini!"

  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di F*A*N*S*P*O*K*E*R

    ReplyDelete

Didakwah