Anjing-Anjing Penghuni Neraka

Kongsikan di

Image result for Anjing Kepada Penghuni Neraka


Dalam bingkai pemerhatian ahli zoology, anjing merupakan haiwan yang paling setia kepada tuannya. Ia akan menjaga rumah dari dimasuki orang yang tidak dikenali. Menunggu tuannya di rumah dengan sabar ketika tuannya keluar, mengembalikan bola yang dilempar oleh tuannya dengan menggonggong, menyalak jika ada yang cuba menceroboh. Inilah watak seekor anjing. Lalu ada keterkaitannya antara teks suci yang menyamakan antara kaum khawarij dengan anjing.
Rasulullah s.a.w bersabda tentang kaum pembangkang ini dengan berkata: “Khawarij anjing ahli neraka” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi). Rupanya ternyata sikap kaum pembangkang memang sangat berlemah lembut serta setia mentaati orang kafir yang nantinya mereka akan dijadikan penghuni neraka selamanya. Mereka menjadi serombong suara kepada kaum kafir dalam menentang pemimpin negara, membela hak dan perlakuan kaum kafir serta mereka sangat keras lagi bengis kepada kaum muslimin. Layaklah mereka dinobatkan sebagai anjing kepada ahli neraka.
Khawarij, sebuah kata yang dimaksudkan untuk sesiapa sahaja yang keluar menentang pemimpin negara yang sah, sama ada menggunakan senjata, atau pena, atau suara. Inilah yang dinyatakan oleh al-Syahrastani:
“Setiap orang yang memberontak kepada pemimpin yang sah yang disepakati oleh rakyat sebagai pemimpin mereka maka dia disebut sebagai Khariji (kata tunggal dari Khawarij). Sama saja apakah dia melakukan pemberontakan itu pada masa sahabat masih hidup kepada para pemimpin yang lurus, atau setelah masa mereka iaitu kepada para tabi’in yang sentiasa mengikuti pendahulu mereka dengan baik, serta para pemimpin di setiap zaman.”
Awal muncul golongaan ini sejak di zaman Rasulullaah s.a.w lagi apabila seorang lelaki bernama Dzul Khuwaisirah membantah Nabi dan menganggaap baginda tidak berlaku adil. Nabi marah lalu menyatakan akan keluar dari keturunan lelaki tersebut, suatu kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka, membunuh pemeluk Islam dan membiarkan penyembah berhala. Terlepas dari Islam seperti terlepasnya anak panah dari busurnya. Seandainya Nabi menemui mereka, sunggguh akan dibunuh mereka seperti dibunuhnya kaum `Aad (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pemikiran sesat ini berkembang secara senyap selama beberapa belas tahun sehinggalah zaman pemerintahan Uthman al-Affan. Tika inilah kestabilan politik Negara Madinah mula tergugat apabila kaum khawarij mula menyebarkan provokasi dengan menuduh Uthman terlibat dengan kronisme, nepotisme serta kebejatan yang lain. Kemuncak kepada penentang tersebut adalah pembunuhan Uthman, apabila khawarij berijtihad bahawa Uthman telah jatuh kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah.
Rentetan itu meletus perang Siffin antara Khalifah yang baharu iaitu Ali Bin Abi Talib dengan Muawiyah Bin Abi Sufyan yang merupakan kerabat Uthman. Ketika perang semakin menelan korban yang banyak, diadakan sebuah genjatan senjata lalu ditubuhkan Majlis Tahkim, diwakili oleh dua hakim dalam timbang-tara.
Khawarij menolak dengan alasan Majlis Tahkim berlawanan dengan aturan Allah lalu mereka meneriak “Tiada hukum yang sah melainkan Hukum Allah” lalu berkumpul di sebuah tempat bernama Harurah. Ibnu Abbas mengganggarkan seramai 6000 kaum pembangkang yang berpusat di sana dalam rangka-kerja menjatuhkan serta membunuh Ali, Muawiyah dan dua orang hakim tersebut.
Tidak lama kemudian, Ali dibunuh dengan pedang beracun oleh seorang lelaki yang terkenal sebagai Tokoh Al-Qur’an Mesir di zaman Umar; Ibnu Muljam. Sesiapa yang melihat kepada watak Ibnu Muljam, pasti akan tidak percaya bahawa dia merupakan manusia yang celaka dan sesat. Ibadatnya solatnya lebih banyak dari Ali, bacaan Al-Qur’annya lebih bagus daripada Amru Al Ash, tawaduk dan zuhudnya lebih tinggi dari Muawiyah serta keberaniannya lebih unggul dari Abu Musa Al Asyaari.
Tetapi semua itu bukanlah parameter mengukur kebenaran, sedangkan kebenaran itu adalah bersama ‘al-jama’ah” yang membawa dua maksud iaitu kebenaran yang dianut oleh para sahabat dan perkumpulan kaum muslimin di bawah pemerintah negara. Sayangnya, orang yang tidak mendalam ilmunya selalu terjerumus dalam menilai kebenaran dari sisi watak dan penampilan. Dilihat sahaja seseorang tokoh itu berserban berjubah, selalu membacakan ayat Al-Qur’an, memiliki pengikut yang ramai; terus sahaja kita tabalkan dia sebagai ulama’ dan percaya kebenaran bersama dengannya. Inilah yang terjadi dari zaman dahulu hingga kini.
Khawarij yang asli telah pupus tetapi benih-benih pemikiran Dzul Khuwaisirah masih ada malah akan terus wujud hingga akhir zaman. Dalam buku Majmu’ Fatawa  yang ditulis oleh Ibnu Taimiyah menjelaskan: “Dalam beberapa riwayat hadis lain telah diceritakan bahawa kelompok ini akan tetap muncul sampai zaman keluarnya Dajjal. Alim ulama telah sepakat bahawa kelompok Khawarij ini bukan hanya pasukan tentera yang menyertai Dajjal”. Mereka akan berkongsi beberapa keyakinan yang serupa walau tidak mengambil kesemua dasar-dasar aqidah khawarij di zaman silam. Sesetengah ulama’ mengistilahkan mereka sebagai Neo-Khawarij.
Kelompok ini memandang bahawa pemerintah yang tidak melaksanakan hudud menjadi kafir lalu perlu dilucutkan. Kesan kekafiran tersebut pula menghalakan batang leher  pemimpin tersebut menjadi halal. Untuk melaksanakan hukum Allah iaitu menjatuhkan pemimpin dan menegakkan hudud, mereka sangat bengis dan kasar terhadap jama’ah kaum muslimin sebaliknya mereka sanggup untuk bergabung dengan kaum kafir dalam merealisasikan matlamat mereka.
Ibnu Abdil Bar  meriwayatkan bagaimana kaum Khawarij membunuh Abdullah bin Habbab Bin al-Art seorang tabi’in yang menasihati mereka. Namun ketika salah seorang dari ahli mereka membunuh seekor babi milik kaum kafir, mereka menyesal lalu membayar  ganti-rugi kepada empunya babi tersebut. Lihat, nyawa seorang tabi’in lebih rendah dari nyawa seekor babi pada mata dan penilaian kaum khawarij. Dan kaum khawarij memandang perkara ini adalah kebenaran, yang sesuai dengan kehendak agama dan menepati kandungan Al-Qur’an.
Pokok kesesatan mereka adalah kerana sikap ‘ghuluw’ iaitu berlebihan dalam menilai agama, serta keingkaran mereka untuk mengikuti pemahaman para sahabat dalam mentafsir agama. Mereka berlebihan dalam menunaikan ibadah sehingga jika ibadah para sahabat diukur, pasti kelihatan sedikit. Mereka berlebihan dalam menimbang keimanan sehingga mengeluarkan pelaku dosa besar dari Islam. Mereka berlebihan dalam amar ma’ruf nahi mungkar sehingga bengis dengan kaum muslimin dan keluar membangkang.
Sikap berlebihan ini lahir atas faktor keingkaran mereka mengikuti pemahaman sahabat terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka memandang pemikiran mereka lebih cemerlang, sebagaimana Dzul Khuwaisirah memandang dirinya lebih adil dari Nabi s.a.w. Sebuah atsar menjelaskan bahawa kaum sesat tidak mahu mengikut pemahaman para sahabat  apabila seorang wanita bertanya kepada ‘Aisyah tenang solat: “Apakah salah seorang dari kami harus mengqada solatnya ketika masa-masa haid? maka ‘Aisyah menjawab: “Apakah engkau Haruriah (khawarij)? Sungguh di antara kami (Ummul Mu’minin) ada yang mengalami haid, namun dia tidak diperintahkan untuk mengqadanya:” ( Tirmidzi, Ahmad dan Darimi)
Benarlah apa yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyah: “Di antara perbezaan tersebut: Khawarij mengikuti dalil  Al-Qur’an yang mereka fahami sendiri, sementara Syiah Rafidhah mengikuti Imam Ma’shum yang sebenarnya tidak ada”. (Silakan lihat Majmu’ Fatawa). Konsikuansi dari ingkar mengikuti pemahaman sahabat dalam mentafsir nas agama, melahirkan sikap terburu-buru dan senang menjatuhkan hukuman.
Ini digambarkan dengan watak Dzul Khuwaisirah apabila dia cukup mudah menuduh ‘Al-Amin’ sebagai zalim dan tidak berlaku adil. Sementara khawarij di zaman Uthman dengan cukup mudah menuduh beliau sebagai pengamal korupsi dan nepotisme dalam pemerintahan yang kemudian mereka hukum kafir kepada menantu Rasulullah s.a.w trsebut. Mereka juga sangat ringan lidah dan bicara mereka lebih laju dari hembusan angin apabila memurtadkan Ali, Muawiyah dan sejumlah sahabat lagi.
Ingatlah, kaum khawarij bukanlah sebarangan orang; mereka bukan manusia yang berpeleseran atau kaki maksiat. Sebaliknya mereka merupakan golongan yang ingin membangun bersama dengan syariat Islam. Maknanya mereka adalah orang ‘baik-baik’ pada mata kasar kita. Namun sebenarnya mereka adalah anjing di akhirat kelak. Mereka akan terus muncul dan semakin banyak. Sehinggakan sekitar tahun 740M, mereka sempat menubuhkan Kerajaan Yamamah sebelum dihapuskan oleh Abdul Hakim Bin Marwan, seorang tokoh tabi’in di Madinah.
Sumber : http://ilmuanmalaysia.com
loading...

2 Responses to "Anjing-Anjing Penghuni Neraka"


  1. ayo segera bergabung dengan kami
    di fanspoker^^com || karna difans anda bisa mendapatkan keuntungan lebih besar
    ayo tunggu apa lagi segera di add pin bb kami 55F97BD0 || saya tunggu di add nya ya...

    ReplyDelete
  2. Saya mencari bloger PAK HANG, ABOUT DAHI HITAM..TAPI X NK KOMEN...

    ReplyDelete

Didakwah