Rahsia Kristian terbongkar dengan penemuan Kitab Injil berusia 1500 tahun - Memang benar apa yang dikatakan Al-Quran didalam Surah An-Nisa. Pada 6hb. Mei 2014 (Selasa) Kerajaan Turki telah menggemparkan seluruh dunia terutama penganut-penganut Agama Kristian apabila telah mendedahkan sebuah Kitab Injil yang yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad S.A.W dikatakan berusia 1,500 tahun.
Peristiwa yang menggemparkan itu menarik perhatian pemimpin tertinggi Kristian Pope Benedict XVI sehinggakan beliau sendiri ingin melihatnya dan kini Kitab Injil tersebut dipamerkan di Muzium Etnografi Ankara, Turki. Didalam Kitab Injil itu mengesahkan bahawa Jesus (Nabi Isa as) tidak disalib, sebaliknya ia diangkat ke syurga. Yang disalib ialah Judas dan tahukah anda siapa Judas?.
Judas Iscariot (Yudas Iskariot)
Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas Iskariot) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Ini disebabkan oleh tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa. Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa/ The Apostle ) kepada ketua-ketua imam Yahudi. Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun ( The Apostle) menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir (Last Supper). Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsemani, Baitumuqaddis.
Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan “Salam sejahtera wahai Rasullullah” dalam bahasa Ibrani). Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu menahu tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.
Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri. Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.
Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, sehingga dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata “Eli-Eli Lammasabacthtani” maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku”. Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya. Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa’:157-160 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.
Disebabkan kezaliman puak Yahudi ini Allah S.W.T. mengharamkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah. (sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran).
Surah An-Nisa : ayat 157-160
“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin - An-Nisa 157
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana - An-Nisa 158 Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka - An-Nisa 159 Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah - An-Nisa 160.
Sumber : http://bkpplorongduabelas.blogspot.my
loading...
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat ayo gabung di fanspoker
ditunggu apa lagi mari segera bergabung dengan kami ya ^^