Carpal Tunnel Syndrome : cuba sendiri rawatan ini di rumah sebelum melarat

Kongsikan di

Image result for Carpal Tunnel Syndrome : cuba sendiri rawatan ini di rumah sebelum melarat


Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome, CTS) terjadi sekiranya saraf median tersepit pada pergelangan tangan yang disebabkan oleh terowong pada sendi menjadi semakin menyempit. Saraf median dan sembilan tendon lain yang membolehkan pergerakan tangan dilindungi oleh terowong ini.
Tangan dan pergelangan tangan sering digunakan tanpa henti dalam aktiviti kita sehari-hari. Menaip di komputer, menggunakan telefon bimbit, memasak, memandu - pendek kata semua perkara pun kita gunakan tangan. Oleh sebab itu kita harus seboleh-bolehnya elakkan diri daripada terkena sindrom CTS ini.
Sekiranya penggunaan berulang-ulang mengakibatkan terdapat tekanan pada saraf median, seorang pesakit akan merasa kebas, sakit dan seterusnya lemah di bahagian tangan. Tanda-tanda awal seperti kebas di hujung jari boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan sekiranya tidak dirawat.
erdapat pelbagai jenis rawatan untuk pesakit CTS seperti merehatkan tangan dengan pek ais, memakai anduh pergelangan tangan, ubatan seperti steroid dan non-steroidal anti-inflammatory drug ataupun pembedahan jika simptom bertambah teruk.
Jadi, sebelum melarat sehingga memerlukan pembedahan, boleh cuba dulu rawatan shiatsu atau tekanan akupunktur ini sendiri di rumah. Kalau ada rasa lenguh-lenguh tangan pun sesuai buat latihan ini.
Kalau tak hilang juga simptom anda, berjumpalah doktor dengan segera untuk nasihat lebih lanjut daripada pakar. Video ini sekadar bantuan untuk melegakan tanda-tanda awal je. Sebab saya sendiri dah cuba, memang berkesan!
Sumber : https://iluminasi.com

loading...

2 Responses to "Carpal Tunnel Syndrome : cuba sendiri rawatan ini di rumah sebelum melarat"

  1. Hey Jom Dakwah
    A very well-developed post with step by step guidance on Carpal Tunnel Symptoms .
    The way you explained each point with necessary details and maintained good balance between theory and practice is really commendable.
    Many people love to know about the symptoms from here.
    I think we can also save our time by following your tips.
    I highly appreciate your hard work for creating this post that is very useful to those more particularly who are facing problems while having the Carpal Tunnel problems.
    Thanks a bunch for sharing.
    Have a super fabulous day.

    ReplyDelete
  2. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat ayo gabung di fanspoker
    ditunggu apa lagi mari segera bergabung dengan kami ya ^^

    ReplyDelete

Didakwah