TIDAK SOLAT JUMAAT! SAKSIKAN APA TINDAKAN WANITA INI

Kongsikan di

Untuk pengetahuan anda, di Puwakarta (Jawa Barat, terdapat seorang wanita berjubah hitam dan memegang rotan yang berjalan dengan wajah garang digeruni kaum lelaki di kampung Empangsari di Desa Plered.
Foto - Harian Metro
Hal ini kerana, wanita berkenaan akan berjalan keliling kampung pada setiap hari Jumaat untuk merotan lelaki yang tidak pergi menunaikan solat Jumaat. Bagus sangat!
Difahamkan, apabila wanita itu muncul, kaum lelaki yang leka melepak di warung atau di tepi jalan raya segera bergegas ke masjid untuk solat Jumaat.
Sejak hampir 10 tahun lalu, itulah aktiviti Siti Hindun, 64, yang meronda di setiap ceruk kampungnya bagi memastikan tiada lelaki dewasa ponteng solat Jumaat.
Siti Hindun atau lebih dikenali sebagai Mak Gober oleh penduduk kampung berkata, dia membuat rondaan itu semata-mata kerana ibadah.
“Apa yang penting kaum lelaki wajib solat Jumaat dan tiada yang berkeliaran di jalan raya,” katanya.
Menurutnya, sejak 2007, dia dan beberapa rakannya meronda setiap ceruk kampung termasuk kedai, restoran dan lorong kecil bagi mencari lelaki yang ponteng solat Jumaat.
“Kalau ada yang saya jumpa berkeliaran ketika waktu solat Jumaat saya akan pukul mereka. Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam,” jelasnya.
Siti Hindun memberitahu, dia mengambil tindakan itu selepas ramai orang kampung mengadu sikap sebilangan lelaki yang tidak pergi ke masjid untuk solat Jumaat
SUMBER: WANISTA
loading...

0 Response to "TIDAK SOLAT JUMAAT! SAKSIKAN APA TINDAKAN WANITA INI"

Post a Comment

Didakwah