" Aku musafir yang mencari kebenaran. Seorang manusia yang mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yang mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan dan kehidupan yang baik dalam naungan Islam yang suci" As-syahid Imam Hassan Al-Banna
1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu
2. Baca, telaah dan dengarkan al-Quran atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau mensia-siakan waktumu dalam perkara yang tidak ada manfaatnya
3. Bersungguh-sungguhlah untuk boleh bercakap bahasa Arab dengan fasih
4. Jangan banyak berdebat dalam berbagai aspek pembicaraan kerana hal tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan
5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) adalah tenang dan tenteram
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak berbuat demikian kecuali dengan bersungguh-sungguh secara terus-menerus
7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan mengganggu dan menyakiti
8. Jauhilah daripada membicara keaiban orang lain atau melukai hatinya dalam bentuk apa juapun dan jangan berbicara kecuali yang baik
9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kamu temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerjasama)
10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya lebih banyak dari waktu yang ada, maka manfaatlah waktu dan apabila kamu mempunyai sesuatu keperluan maka percepatkanlah untuk diselesaikan.
sumber: melur hasanah
loading...
0 Response to "10 Wasiat Imam Hassan Al Banna."
Post a Comment