BAHAYANYA SOSIAL MEDIA SECARA KETERLALUAN!!

Kongsikan di


Facebook, Twitter, Instagram, dan sekufu dengannya adalah alat yang kini kita sama-sama menggunakannya.
Dan pada era ini, kita tidak lagi merasa hairan kepada sesiapa pun atas sebab, orang atasan, orang pertengahan, mahupun orang bawahan, dan hampir kebanyakkan orang menggunakannya. Termasuk juga kita.
Apa yang menariknya berkenaan social networking ini adalah, ia sedikit sebanyak membantu dunia manusia dalam beberapa aspek-aspek tertentu.
Mungkin, ada orang membina profile atas kerana ukhuwah. Ada juga atas sebab perniagaan, kerja-kerja dakwah, hiburan, pendidikan, ataupun sebab-sebab kepentingan diri sendiri.
Ini adalah salah satu kebaikan yang bermanfaat bagi setiap insani. Bayangkan dahulu, kita agak sukar berkomunikasi dengan saudara mara kita yang jauh diperantauan.
Bayangkan juga, dahulu perniagaan yang kita jalankan kurang dapat sambutan, kini hangat seperti pisang goreng panas. Bayangkan, betapa dahulu informasi maklumat itu agak perlahan kita perolehi berbanding dengan sekarang ini.
Betapa, semakin mudahnya kita pada hari ini. Dengan adanya alat-alat sebegini, banyak perkara dapat diselesaikan, dapat dijalankan dengan cepat dan pantas.

Mudarat Yang Terhijab

Namun, semakin hari semakin berbeza. Banyak perubahan yang terjadi. Dan perubahan yang berlaku itu, sangat drastik. Dalam masa yang sama, ia amat sangat dibimbangi.
Bukan perubahan susun atur, atau design, mahupun teknologi yang berada di dalam social networking ini yang menjadi kebimbangan utama.
Jauh lebih penting adalah kebimbangan terhadap para pengguna.

Bagaimana kita menggunakan social networking..?

Sedar ataupun tidak, medan social networking memudahkan kita semua. Tetapi, dalam kemudahan itu ada mudarat yang terhijab yang kekadang kita terlepas pandang.
Di antaranya ialah, ia bersifat sosial yang tiada batasan. Ia boleh diterjah semua perkara. Ia membolehkan kita klik mengikut kemahuan kita sendiri.
Paparkan itu dan ini dan banyak lagi. Akibat daripada itu, perkara yang kita klikpostshare, dan hampir semua itu membolehkan ramai orang tahu, baca, dan lihat.
Jika perkara yang kita kongsikan itu adalah perkara yang baik, bagus, dan bermanfaat buat semua.. ia adalah digalakkan.
Sebaliknya, perkara yang membawa kepada unsur-unsur negatif, dan kurang baik, ia mampu merangsang, serta memotivasikan kebanyakkan orang untuk membuat perlakuan yang sama.
Seperti gambar yang mendedahkan aurat, caci maki terhadap individu-individu tertentu, mencipta berita yang berunsur palsu dan fitnah.
Kebarangkalian dengan menekan butang klik like atau memuji perkara-perkara seperti ini, ia mencetuskan orang lain untuk membuat hal yang sama.
Budaya copy paste yang salah diertikan di medan sosial juga perlu diteliti, ditapis, dan disaring terlebih dahulu. Sekalipun niat kita suci murni, tetapi dengan perlaksaan yang salah, maka al-hasilnya parah.
Lagi berkenaan sosial media ini adalah, kita menjadikan ia sebagai keperluan hidup. Apabila ia menyebabkan ketagihan, secara automatik seseorang itu boleh mengabaikan perkara yang lain.
Antaranya, faktor kesihatan. Ramai di antara kita yang sanggup meninggalkan, serta melewatkan waktu makan semata-mata ini. Ada juga yang dingin serta beremosi apabila medan sosial ini tidak boleh di akses.
Manakala, yang berTuhankan medan social networking ini perlu segera sedar.
Bukan ingin menghalang sesiapa daripada membina profile atau page atau laman sendiri di alam maya ini. Akan tetapi, ingin mengingatkan diri dan kita agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab apabila kita menggunakannya.
Islam tidak menghalang kebebasan. Tetapi, hendaklah ia dilaksanakan dengan syariat.
Ada batas-batas yang perlu kita jaga dan pelihara bersama. Ketagihan perlu diubati, dan jangan sesekali kita menganggap perkara ini adalah segala-galanya.
Sederhanalah…
SUMBER: NASIRUDDIN

loading...

0 Response to "BAHAYANYA SOSIAL MEDIA SECARA KETERLALUAN!!"

Post a Comment

Didakwah