Hukum Memeluk Islam Sacara Rahsia

Kongsikan di


SOALAN :
Saya seorang Mualaf, memeluk Islam secara rahsia dan kerana itu saya terpaksa balik ke rumah orang tua saya pada Tahun Baru Cina.
           Apakah hukum saya menziarahi kedua-dua orang tua saya?
JAWAPAN :
Hukum  menziarahi ibu bapa yang tidak masuk Islam, tidak ada apa-apa halangan dari segi hukum syarak, asalkan anda dapat mengawal makan minum anda kepada perkara-perkara yang halal sahaja. Anda masih dan boleh meneruskan kebaktian anda kepada orang tua anda dengan memberikan wang dan menjaga mereka walaupun berlainan agama.
          Dalam Islam, sambutan Tahun Baru Cina boleh disambut kerana itu adalah perayaan kaum dan bukannya perayaan agama. Sekiranya anda mahu menyambutnya bersama-sama keluarga, boleh selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Elakkan makanan haram dan memabukkan.                                         

Rujukan : 
Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan 
Diterbitkan oleh :Illusion Network
No. 40A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor.
loading...

1 Response to "Hukum Memeluk Islam Sacara Rahsia"


  1. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    di FANSPOKER || add pin bb 55F97BD0

    ReplyDelete

Didakwah