Antara punca utama cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) ditentang kuat oleh pihak bukan Islam, terutamanya *pemimpin kaum Cina adalah kerana bimbang ia menjejaskan sumber ekonomi mereka.*
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Haji Aminuddin Yahaya berkata, secara umumnya, adalah tidak dapat dinafikan, *pihak yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kaum Cina adalah masyarakat Melayu sendiri.*
*“Dari segi ekonomi, kita sendiri maklum bahawa pemilik-pemilik atau ‘taukeh’ pusat maksiat majoritinya adalah orang Cina.*
“Mereka mendapat keuntungan yang luar biasa, yang mana penyumbangnya adalah daripada Melayu sendiri.
*“80 peratus orang Melayu terlibat dengan masalah sosial, belia kita, remaja kita yang mana merupakan Muslim. Ini sangat menakutkan.* Jadi, pindaan ini tetap perlu dilaksanakan kerana hukuman sedia ada tak cukup menakutkan pesalah,” katanya dalam Forum Sudut Pandang: Permuafakatan RUU 355 yang berlangsung di Bangi, malam tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan perbincangan bersama rakan-rakan politik lain, rakyat umum Cina sebenarnya tiada masalah.
Malah, Haji Aminuddin berkata, sudah ada kenyataan daripada pemimpin bukan Islam yang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan RUU 355 kerana ia tidak memberi kesan serta tidak mempunyai kaitan dengan mereka.
*“Hanya segelintir sahaja yang menentang sebenarnya. Tetapi, segelintir ni daripada kalangan pemimpin, yang menguasai media, menjadikan perkara ini nampak besar.*
“Contoh di Bentong, bila dia tahu kita nak pergi Bentong, terus dia buat perhimpunan besar besaran, dia cerita penentangan dia kepada kaum dia, perkara ini sangat tidak wajar,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika diteliti dengan lebih mendalam, sesiapa sahaja yang menghalang pindaan ini sebenarnya telah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Bila dia menentang, dia langgar agama Islam yang mana merupakan agama persekutuan.
“Kita tak pernah langgar atau halang apa yang dia amalkan. Dia langgar prinsip perlembagaan itu sendiri iaitu menghormati agama lain.
“Prinsip keharmonian, kemakmuran understanding tapi dia masuk campur.
“Saya ingat, boleh buat satu buku macam mana mereka ini telah banyak masuk campur dalam agama Islam,” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat untuk sedar akan perkarai ni dalam konteks sebenar.
“Jangan jadi rakyat yang pada akhirnya membuta tuli menyokong propaganda yang dimainkan oleh ahli-ahli politik,” tegasnya
Sumber: Ismaweb
loading...
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ReplyDeletedi FANSPOKER || add pin bb 55F97BD0