5 Amalan Jariah Anak-Anak Untuk Ibu Bapa Yang Telah Pergi

Kongsikan di

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk dikelilingi oleh para sahabat, datang seorang lelaki dari bani Salmah. Sebaik sahaja masuk ke majlis itu, dia bertanya kepada Baginda dengan penuh hormatnya:
“Ya Rasullah, masih bolehkah aku berbuat baik terhadap ibu bapaku yang telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup aku telah berbuat baik terhadap mereka mengikut keupayaanku. Aku sentiasa berfikir apakah yang boleh aku lakukan setelah mereka sudah tiada.”
Lalu Rasulullah SAW menjawab;
“Ya, sudah tentu kau dapat lakukan sesuatu. Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiat mereka dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapamu lakukan, serta muliakanlah teman kedua ibu bapamu.”
Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam, tetapi di wajah mereka terbayang kegembiraan. Namun, lelaki yang bertanya tadi masih belum faham akan jawapan Rasulullah SAW, lantas dia meminta Baginda menerangkan sekali lagi.
Rasulullah SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda;
“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
Hadis Riwayat Luqman Hakim
Seorang anak yang baik boleh melakukan pelbagai kebaikan lain untuk membantu ibu bapanya yang telah meninggal dunia dengan ikhtiar dan usaha seperti;

#1- Banyakkan Bersedekah

Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim.
Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia).

#2- Selesaikan Hutang-Hutang Mereka

Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran keretadan lain-lain pinjaman.
Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwah, ni termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka hidup.

#3- Melakukan Amal Soleh

Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari emlakukan perkara-perkara yang dilarang oelh Allh SWT, seperti maksiat dan tidak menutup aurat.
Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.

#4- Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan Sababat Baik Mereka

Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah bersabda;
“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”.
Hadis Riwayat Muslim
Ini kerana, menghormati mereka beerti kita menghormati kedua orang tua kita.

#5- Menziarahi Kubur Mereka

Berziarahlah ke kubur mereka sambil berdoa dan membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.
Meskipun kedua orang tua kita sudah meninggal, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh.
Sayangilah ibu bapa kita semasa masih hidup atau sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!
Sumber: Tazkirah.net
loading...

0 Response to "5 Amalan Jariah Anak-Anak Untuk Ibu Bapa Yang Telah Pergi"

Post a Comment

Didakwah