Hasil Penyelidikan di Sydney, Singer menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.
Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari
memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan
kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai
bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti
yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan
suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon
prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang
lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser
payudara.
Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu
ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke
payudara.
Bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang
longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk
memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan
menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan
dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian
yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau
seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat
reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma
yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Sumber: taotauajer
loading...
0 Response to "Bahaya Memakai Bra atau Seluar Dalam Ketika Tidur"
Post a Comment