Betul ke KFC Tidak Mendapat Sijil HALAL Jakim??

Kongsikan di



Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan berkaitan status halal KFC yang tular baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook, Jakim berkata, maklumat yang tersebar sejak tahun 2007 berkenaan laporan tinjauan Ustaz Daud Che Ngah ke loji pemprosesan ayam KFC adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Menurut Jakim, KFC (Malaysia) merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

"Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

"Pegawai pemeriksa yang ditugaskan bukan sahaja membuat pemeriksaan dokumen, malah membuat pemeriksaan pematuhan berdasarkan Standard dan Prosedur SPHM di kawasan kilang yang mengeluarkan produk bagi memastikan apa jua pengisytiharan yang dibuat dipatuhi," jelas Jakim dalam satu kenyataan.

Jakim berkata, syarikat pengeluar juga perlu mewujudkan Sistem Jaminan Halal serta menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang dianggotai oleh seorang Eksekutif Halal bagi memantau keseluruhan perolehan bahan mentah dan proses pengeluaran produk.

"Hal ini bagi memastikan produk tersebut terjamin dari segi aspek kehalalan dan juga jaminan kualiti serta kebersihan (Halalan thoyyiban).

Jakim menasihatkan masyarakat Islam agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat dan jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut.

Sumber: SinarHarian
loading...

1 Response to "Betul ke KFC Tidak Mendapat Sijil HALAL Jakim??"

  1. hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
    ayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
    disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
    ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^

    ReplyDelete

Didakwah