Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu.
Apakah hukum main duit kutu?
HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
"Saya berhutang kepada awak semua"
Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"
Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"
Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.
Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??
Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut.
Wallahua'lam
Sumber: Sinar FM
loading...
0 Response to "Hati -Hati! Duit Kutu Boleh Jadi Haram Kalau Salah Caranya"
Post a Comment